Sony baru saja umumkan tarikh pengeluaran bagi God of War Ragnarok iaitu 9 November 2022 di PlayStation 4 dan PlayStation 5. Mereka juga melancarkan satu trailer untuk game ini dengan tajuk “Father and Son”. Anda boleh tonton video trailer di bawah:
Mereka juga akan membuka pra-pesan untuk game ini pada 15 Julai 2022. Untuk mendapatkan God War Ragnarok, terdapat beberapa edisi yang disediakan oleh mereka termasuk edisi Standard, edisi Launch, edisi Digital Deluxe, edisi Collector dan edisi Jotnar. Setiap daripada edisi akan mengandungi item-item yang berbeza. Jadi, mari kita lihat item pada setiap edisi tersebut.
Edisi Standard (Anggaran RM299)
God of War Ragnarok edisi Standard akan mengandungi game penuh sama ada dalam bentuk fizikal mahupun digital. Jika anda membeli untuk game PS4 dan mahu di upgrade ke versi PS5, anda perlu menambah $10 (anggaran RM44.25).
Edisi Launch

Jika anda membeli God of War Ragnarok sebelum dilancarkan, anda akan menerima skin Kratos Risen Snow Armor dan Atreus Risen Snow Tunic.
Edisi Deluxe Digital (Anggaran RM339)

Anda akan menerima:
- Game penuh God of War Ragnarok di PS4 atau PS5.
- Kratos Darkdale Armor
- Atreus Darkdale Attire (Skin)
- Darkdale Blades Handles untuk Blades of Chaos
- Darkdale Axe Grip untuk Leviathan Axe
- God of War Ragnarök Digital Soundtrack rasmi
- Artbook Mini Dark Horse Digital
- Set Avatar
- Tema PlayStation 4
Edisi Collector (Anggaran 839)

Edisi akan diberikan dalam bentuk kotak yang dipanggil knowledge Keeper’s Shrine. Dalam kotak tersebut akan mengandungi item seperti di bawah:
- Kod baucar untuk game penuh God of War Ragnarok untuk PS4 dan PS5.
- Steelbook Display
- Vanir Twins Carving bersaiz 2 inci
- Set dadu Dwarven
- Mjolnir Replica bersaiz 16 inci
Manakala untuk item digital pula, ini adalah item-itemnya:
- Kratos Darkdale Armor
- Atreus Darkdale Attire (Skin)
- Darkdale Blades Handles untuk Blades of Chaos
- Darkdale Axe Grip untuk Leviathan Axe
- God of War Ragnarök Digital Soundtrack rasmi
- Artbook Mini Dark Horse Digital
- Set Avatar
- Tema PlayStation 4
Edisi Jotnar (Anggaran RM1,099)

Ia merupakan edisi premium yang boleh didapatkan. Terdapat item yang berbentuk secara fizikal dan digital. Berikut adalah senarai item yang berada didalam edisi ini:
- Kod baucar game penuh God of War Ragnarok untuk PS4 dan PS5.
- Lagu daripada Bear McCreary dalam bentuk Vinyl Record 7 inci.
- Set Falcon, Bear, dan Wolf pin
- Cincin Legendary Draupnir
- Set dadu Brok
- Peta Yggdrasil kain
- Steelbook Display
- Vanir Twins Carving bersaiz 2 inci
- Mjolnir Replica bersaiz 16 inci
Manakala untuk item digital pula, ini adalah item-itemnya:
- Kratos Darkdale Armor
- Atreus Darkdale Attire (Skin)
- Darkdale Blades Handles untuk Blades of Chaos
- Darkdale Axe Grip untuk Leviathan Axe
- God of War Ragnarök Digital Soundtrack rasmi
- Artbook Mini Dark Horse Digital
- Set Avatar
- Tema PlayStation 4
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut mengenai setiap edisi, anda boleh pergi ke laman web rasmi PlayStation. God of War Ragnarok akan dilancarkan pada 9 November 2022 di PlayStation4 dan PlayStation 5 secara eksklusif. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post