The King of Fighters All-Star ialah RPG mobile action yang keluar buat pertama kali di Jepun pada July 2018. Hari ini, Netmarble telah mengumumkan bahawa game mobile tersebut akan datang ke pasaran antarabangsa pada bila-bila masa di 2019.

The King of Fighters All-Star akan mempamerkan watak daripada The King of Fighters ’94 hingga The King of Fighters XIV. Yang paling best kan, segala butiran watak tidak akan diubah dan akan dijadikan dalam kualiti grafik yang tertinggi. Selain daripada itu, suara dan bunyi watak serta super move mereka akan kekal dan setia kepada game original.
Di dalam game ini, pemain boleh membina sebuah pasukan yang terdiri daripada tiga watak Fighter dan tiga watak Support untuk dibawa berlawan dalam story mode dan tournament. Semasa bertarung, pemain tidak perlu risau tentang kawalan yang rumit kerana hanya akan ada sedikit butang di HUD game. Ini kerana game ini di-optimumkan untuk pengguna bermain di smartphone. Sangat mudah dan menarik kan? Di samping itu, akan ada pelbagai challenge untuk pemain unlock dan ramai watak untuk dikumpul. Bukan setakat itu sahaja, event yang baru setiap minggu pasti akan sibukkan para pemain! Mari kita kenal game KOF All-Star dengan dalam lagi.
The King of Fighters All-Star akan keluar pada bila-bila masa tahun tetapi jika korang tak sabar sangat, boleh saja cuba versi Jepun mereka di Android dan iOS dahulu.
Sumber – Android Authority
@gamersantaimy
Discussion about this post