Dengan kerjasama THQ Nordic, kali ini akan membuat giveaway besar-besaran yang memfokuskan pada siri Darksiders! Di sini, korang berpeluang untuk memenangi bundle lengkap Darksiders: Warmastered Edition, Darksiders II: The Deathinitive Edition, Darksiders III dan Darksiders Genesis versi PC Steam!
Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar tentang game ini, jadi izinkan saya bagi rumusan pendek.

Pendek kata, Darksiders adalah francais game hack and slash action-adventure yang berlatarkan Bumi pasca-apokaliptik. Manusia hampir pupus dan “angel” kini bertarung “demon” untuk menentukan siapa yang boleh mengawal dunia. Antaranya ialah “Four Horsemen of the Apocalypse, warga terakhir dari “Nephilim” yang ditugaskan untuk membawa keseimbangan kepada alam semesta.
Darksiders: Warmastered Edition
- Entri pertama dalam francais. War, salah seorang daripada Four Horsemen of the Apocalypse, mendapati dirinya berada di Bumi di tengah-tengah peperangan antara “Heaven” dan “Hell”. Selepas War dibunuh dalam pertempuran, Charred Council menyalahkannya kerana memusnahkan keseimbangan dan memulakan kiamat. War bersumpah untuk mencari orang yang bertanggungjawab, jadi dia dihantar kembali ke Bumi, di mana 100 tahun telah berlalu, untuk mencarinya.

Darksiders II: The Deathinitive Edition
- Entri kedua dalam francais yang kisahnya berlaku “selari dengan game pertama”, kali ini dengan Death sebagai protagonis (ahli kedua Four Horsemen of the Apocalypse). Dia percaya adiknya War tidak bersalah dan bertekad untuk membersihkan namanya sambil cuba membangkitkan semula umat manusia.

Darksiders III
- Entri ketiga dalam francais di mana Fury, ahli ketiga Four Horsemen of the Apocalypse menjadi protagonis. Kisah game ini juga berlaku sejajar dengan dua game di atas; Fury dihantar untuk menawan semula semua Seven Deadly Sins yang melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia mendapat tahu bahawa ini hanya muslihat untuk menyingkirkannya bersama semua umat manusia.

Darksiders Genesis
- Prekuel spin-off daripada siri utama, Darksiders Genesis ialah “top-down RPG” yang Horseman keempat dan terakhir, Strife, bersama abangnya War, dipanggil untuk menyelamatkan manusia daripada kemusnahan tertentu di tangan Lucifer.

Seperti saya kata tadi di atas, kami mencari beberapa pemenang dan setiap pemenang akan memenangi bundle lengkap Darksiders daripada 1-3 dan Genesis versi PC Steam. Kalau anda ingin bermainnya, jom sertai giveaway Darksiders ini! Syaratnya mudah sahaja, cuma perlu menjawab soalan dan ikuti langkah-langkah dibawah:
Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai dan THQ Nordic SEA

Langkah 2: Jawab soalan ini di bahagian komen:
- Siapakah Horsemen kegemaran anda?
Langkah 3: Share artikel ini secara “public” dan tag 3 kawan

Syarat kemasukan dan tarikh pengumuman pemenang
- Giveaway akan berakhir pada 12 Ogos 2022 jam 4PM;
- Pemenang akan diumumkan pada hari yang sama pukul 6PM melalui halaman Facebook.
- Sila mesej kepada kami dalam masa 24 jam atau kami perlu memilih pemenang baharu.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi bundle lengkap Darksiders dalam giveaway kami. Manalah tahu korang akan jadi pemenang bertuah kali ini!
Pada masa yang sama, THQ Nordic bakal menganjurkan acara pameran digital tahunan kedua pada 13 Ogos 2022 pukul 3AM yang mempamerkan beberapa game baru, visual pertama, dan kemas kini tentang game semasa.
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, manga dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post