Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Giveaway BABYMETAL World Tour 2023 — Jadi orang pertama untuk tonton Konsert Live BABYMETAL di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2023
in Artikel, Berita, Giveaway, Muzik, Tempatan
0 0
0
Giveaway BABYMETAL World Tour 2023 — Jadi orang pertama untuk tonton Konsert Live BABYMETAL di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Band popular Jepun BABYMETAL akan tiba di Malaysia dan akan membuat persembahan di Zepp, Kuala Lumpur pada Ahad, 4 Jun 2023 sebagai sebahagian daripada World Tour mereka. Sempena itu, kami dengan kerjasama iMe MY sedang mengadakan giveaway eksklusif di mana anda berpeluang memenangi tiket percuma ke BABYMETAL World Tour 2023 di Malaysia.

Ditubuhkan pada 2010, BABYMETAL terkenal dengan lagu-lagu hit Gimme Chocolate!!, Monochrome, dan Head Bangya!!. Asalnya, mereka adalah sub-unit kepada kumpulan idol, Sakura Gakuin, dan kemudian menjadi kumpulan berasingan pada 2013. Menggabungkan genre heavy metal dan idol Jepun, kini mereka terkenal kerana mencipta genre baru bernama “kawaii metal“.

BABYMETAL ini terdiri daripada Suzuka Nakamoto (SU-METAL) dan Moa Kikuchi (MOAMETAL). Sebelum ini mereka sebenarnya trio, di mana ahli Yui Mizuno (YUIMETAL) terpaksa meninggalkan kumpulan itu pada 2018 atas sebab kesihatan. Kini, BABYMETAL mempunyai ahli ketiga baru bernama Momoko Okazaki (MOMOMETAL) yang baru menyertai kumpulan pada 1 April 2023.

Kiri ke kanan: MOMOMETAL, SU-METAL, MOAMETAL

Baru-baru ini, mereka mengeluarkan album konsep baharu bertajuk The Other One pada 24 Mac yang mengandungi 10 lagu dan “menunjukkan sisi lain tentang BABYMETAL yang tiada siapa pernah dengar.” Album ini sungguh popular sehingga mencecah #1 di UK bagi kategori UK Independent Albums, #3 di Oricon bagi kategori Japanese Albums dan #3 di Billboard Japan bagi kategori Japanese Hot Albums.

Memandangkan ini adalah kali pertama BABYMETAL akan membuat persembahan di Malaysia, saya faham mengapa ramai peminat yang teruja untuk datang tonton.

Kredit: iMe MY
Kredit: iMe MY

Kami membuat giveaway eksklusif ini bersama dua rakan media lain (GamerBraves dan Wanuxi), dan akan memberikan 10 tiket digital untuk BABY ZONE (Berdiri). Giveaway ini akan berlangsung bermula hari ini hingga 31 Mei 2023, di mana kami akan mengumumkan pemenang pada 1 Jun 2023. 

Jika berminat, marilah sertai giveaway eksklusif ini! Senang sahaja cara-caranya, anda hanya perlu ikuti sahaja langkah-langkah di bawah!

Langkah 1: Anda kena “LIKE” page Facebook Gamer Santai & iMe MY

Langkah 2: Jawab soalan ini di bahagian komen:

  • Apakah lagu kegemaran anda daripada album terbaru mereka “The Other One” dan mengapa?

Langkah 3: “Like” dan “Share” artikel ini dan tag 2 kawan untuk sertai giveaway ini bersama.

  • Pastikan posting anda ditetapkan sebagai “Public”

Tarikh pengumuman pemenang

  • Giveaway akan bermula pada 18 Mei 2023 (Khamis) dan tamat pada 31 Mei 2023 (Rabu).
  • Pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2023 (Khamis) melalui halaman Facebook Gamer Santai.
  • Pemenang perlu mesej kami alamat emel mereka untuk menebus tiket konsert.

BABYMETAL World Tour 2023 akan diadakan pada 4 Jun 2023 (Ahad) jam 8:00 PM di Zepp Kuala Lumpur. Pemenang akan diberikan 1 (tiket) di BABY ZONE (kawasan berdiri).

Terma & Syarat

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemenang mempunyai 24 jam untuk membalas mesej kami. Kami berhak memilih pemenang baru tanpa pengumuman.
  • Sebanyak 10 tiket BABY ZONE akan diberikan di ketiga-tiga laman web (Gamer Santai, GamerBraves dan Wanuxi). Komen di ketiga-tiga laman web akan dianggap sebagai satu penyertaan sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi tiket BABYMETAL World Tour 2023 melalui giveaway ini! Jika anda suka kandungan Gamer Santai, jangan lupa singgah untuk baca ulasan & layari media sosial kami!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BABYMETALBABYMETAL World Tour 2023GiveawayMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Impak Anime Chainsaw Man Tidak Sehebat Jujutsu Kaisen, Menurut CEO MAPPA!

Next Post

Mortal Kombat 1 Diumumkan Secara Rasmi! Bakal Lancar Pada 19 September 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Mortal Kombat 1 Diumumkan Secara Rasmi! Bakal Lancar Pada 19 September 2023!

Mortal Kombat 1 Diumumkan Secara Rasmi! Bakal Lancar Pada 19 September 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd