Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GilaGaming kini ditahan polis, kes scammer PS5 masih dalam siasatan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Tempatan
0 0
0
GilaGaming kini ditahan polis, kes scammer PS5 masih dalam siasatan!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, Malaysia digemparkan dengan kes “scalper PS5 terbesar buat masa ini” yang dilakukan oleh kedai “trusted” GilaGaming. Selepas membina kepercayaan di kalangan komuniti, dia kemudian menghilangkan diri selepas menerima jumlah bayaran pra-pesan PS5 yang banyak serta menutup akaun media sosial. Pihak PDRM menerima banyak aduan dan laporan dari pelanggan yang ditipu lantas memula penyiasatan. Selepas beberapa hari, GilaGaming nampaknya kini ditahan oleh polis, di mana kes scammer PS5 ini masih dalam siasatan.

Sony says it'll ship 12 million more PS5 systems by March 2022
Gambar sekadar hiasan

Berikut adalah statement penuh oleh Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia:

Petaling Jaya, 15 November 2021 – Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan pembelian “PlayStation 5” (PS5) membabitkan lebih 200 peminat tegar alat permainan konsol popular itu, kelmarin.”

“Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Kamarudin Md Din ketika dihubungi Kosmo mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.”

“Saya sahkan, suspek seorang lelaki berusia 23 tahun telah berjaya ditangkap polis semalam (kelmarin) di Pulau Pinang,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, difahamkan, lelaki berkenaan ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town kira-kira pukul 12 tengahari semalam.

Suspek direman selama dua hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Menurut info peribadi yang terbocor pada minggu lepas, suspek yang ditangkap ini kemungkinan besar adalah GilaGaming yang dikatakan telah melarikan diri ke Pulau Pinang. Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa GilaGaming dan Setsuna (pembekal PS5 kepada GilaGaming) berada dalam disput di mana kedua-duanya membuat laporan polis.

Kami cuba menghubungi pihak Setsuna dan masih menunggu jawapannya tentang kes scammer PS5 oleh GilaGaming. Bagi mereka yang kurang faham, berikut adalah sinopsis pendek dari artikel sebelum:

Pihak GilaGaming

“Setsuna asalnya membeli PS5 dari scalper lain pada nilai harga 3600 – RM 3700, kemudian ingin menjual PS5 pada harga 4.1K kepada GilaGaming. GilaGaming pada ketika itu tidak mengenalkan dirinya dan sanggup beli walaupun harganya mahal. Modal duit itu dikatakan datang daripada bos, tetapi sebenarnya daripada bayaran pra-pesanan oleh pelanggan.”

“Tidak lama selepas itu, permintaan GilaGaming untuk PS5 pun semakin meningkat (dibekalkan oleh Setsuna) sehingga ia mula dikenali sebagai kedai “trusted”. Seperti mana-mana perniagaan, Setsuna ingin membuka invois tetapi GilaGaming menolak dan hanya ingin mengesahkan pesanan melalui Whatsapp sahaja kerana tidak mahu apa-apa dokumen sahih.”

“Dalam siaran langsung, Setsuna mengatakan dia sudah menjual sekitar 300 PS5 kepada GilaGaming. Sehingga hari ini, GilaGaming masih belum melengkapkan bayaran penuh kepada Setsuna walaupun setiap unit telah dihantar seperti yang dijanjikan, beserta bukti hitam putih.”

“Setsuna cuba menghubungi GilaGaming untuk mintak penerangan tentang kes PS5 ini, tetapi malangnya tiada jawapan, mahupun teks atau panggilan. Pada masa yang sama, kami cuba mendapatkan keterangan lanjut dari Setsuna selepas dia menyelesaikan urusan laporan polis.”

Buat masa ini, iu sahaja info yang kami ada. Apa-apa maklumat baru akan dikemas kini dalam artikel ini. Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gilagamingMalaysiaps5scalperScammer
Previous Post

Sony Midvalley buka pre-order untuk batch terbaru PS5 bagi November 2021!

Next Post

GTA: The Trilogy Definitive Edition mendapat skor 0.5 di Metacritic!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
GTA: The Trilogy Definitive Edition mendapat skor 0.5 di Metacritic!

GTA: The Trilogy Definitive Edition mendapat skor 0.5 di Metacritic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd