Semasa siaran langsung State of Play hari ini, Gigabash yang dibangunkan oleh Passion Republic Games, pembangun game indie Malaysia, telah melepaskan trailer terbaru game tersebut. Dalam trailer itu juga, kaiju terbaru yang boleh dimainkan telah diperkenalkan iaitu Rawa.
Berikut adalah penerangan mengenai Rawa:
Rawa, Raja Naga memulakan perarakannya. Sudah terlambat untuk melepaskan diri daripada kemarahannya, kehadirannya yang agung akan membanjiri kawasan sekelilingnya dengan lautan api yang dahsyat. Lagipun, dia digelar sebagai… Extinction Dragon.
Gigabash merupakan sebuah game arena kaiju brawler yang boleh dimainkan sehingga empat orang pemain. Ia akan dilancarkan pada tahun ini ke pelbagai platform utama seperti PS4, PS5, Xbox One, Switch, dan PC. Game ini diinspirasikan daripada siri klasik tokusatsu seperti Godzilla, Megazord dan Ultraman. Tidak dilupakan juga siri game lain seperti War of the Monster dan Power Stone. Terdapat 10 Titan unik, yang sesuai dengan kaiju tertentu atau pasukan hero bersama cara bermain, kebolehan dan kombo untuk dipelajari.
Terdapat juga mod dalam talian, jika anda ingin bertarung dengan pemain lain di seluruh dunia. Malah, Competitive Play juga tersedia untuk anda berlumba untuk mendapatkan takhta dalam leaderboard global.

Mod Story juga ada diperkenalkan untuk memberikan pengalaman bermain single-player. Melalui mod tersebut, pemain boleh mengetahui latar belakang watak serta pengembaraan bersama mereka. Ianya akan tersedia secara campaign yang mempamerkan empat watak yang boleh dimainkan.
Jadi, kalau anda ingin bermain game brawler kaiju ini, siap sedia kerana ianya akan dilepaskan pada tahun ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Gigabash daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: PS blog
@gamersantaimy
Discussion about this post