Nampaknya Ubisoft batalkan beberapa game yang mereka telah umumkan antaranya Ghost Recon Frontline dan Splinter Cell VR. Bukan setakat itu sahaja, game yang mereka belum sempat umum pun menerima nasib yang sama.
Melalui laporan daripada Stephen Totilo, Ubisoft tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai game tersebut atau sebab mengapa pembangunannya dibatalkan bersama-sama game Ghost Recon Frontline dan Splinter Cell VR. Tetapi kalau ia tidak diumumkan lagi malah dibatalkan oleh Ubisoft, nampak sangat game tersebut tidak begitu penting bagi mereka.
Ghost Recon Frontline yang telah diumumkan pada hujung tahun lalu, dikatakan mampu menjadi sebuah game Battle Royale yang hebat daripada Ubisoft, tetapi malangnya pemain tidak dapat merasainya. Bercerita tentang Splinter Cell VR pula, ia diumumkan pada tahun 2020 ddan dibangun menggunakan sistem Oculus. Selepas itu tiada lagi sebarang berita mengenainya, tahu-tahu ia telah dibatalkan.
Selain itu, Ubisoft juga berkongsi mengenai penundaan game Avatar: Frontiers of Pandora kepada tahun 2023. Nampaknya memang lambat lagilah untuk bermain game tersebut. Sama seperti game Ghost Recon dan Splinter Cell tadi, tiada sebab khusus yang diberikan oleh Ubisoft mengenai penundaan ini. Mungkin mereka ingin gilap game tersebut menjadi lebih baik sebelum melancarkannya nanti.
Berita baiknya, acara Ubisoft Forward akan berlangsung pada 10 September ini. Harap-harap syarikat itu mempunyai beberapa berita baik malah mendedahkan trailer untuk game baru yang bakal dilancarkan. Mungkin juga kita boleh melihat maklumat lanjut mengenai game Avatar dan Assassin’s Creed yang baru. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post