Ghost of Tsushima kini mempunyai Digital Deluxe Upgrade, yang merangkumi akses ke dokumentari berdurasi 45 minit serta beberapa barang dalam permainan yang bantu dalam perjalanan untuk menjadi pahlawan terhebat.
Walaupun Ghost of Tsushima telah tersedia sejak 17 Julai, jika anda membeli edisi standard dan kemudian memutuskan bahawa anda inginkan barang tambahan dalam edisi Digital Deluxe, malangnya ia tidak boleh di-upgrade (melainkan jika anda sanggup membeli game yang sama sekali lagi) . Kini, pilihan baru yang ditambahkan ke PlayStation Store hari ini membolehkan anda meningkatkan edisi standard ke Digital Deluxe pada harga RM50.
Sony mengeluarkan teaser dokumentari ringkas, yang termasuk wawancara dengan pengarah kreatif Sucker Punch, Nate Fox, eksekutif Sony Interactive Entertainment, Shuhei Yoshida, dan profesor historiografi Universiti Tokyo, Dr. Kazuto Hongo. Menurut laman web Universiti Tokyo, Hongo mengkhususkan diri dalam sejarah abad pertengahan Jepun, jadi banyak yang dia ingin menjelaskan tentang cara Ghost of Tsushima menggambarkan Jepun pada tahun 1200-an.
Upgrade Ghost of Tsushima Digital Deluxe juga mempunyai buku seni mini digital oleh Dark Horse dan tema samurai untuk PS4 anda. Ganjaran dalam permainan adalah satu technique point, Charm of Hachiman’s Favor, dan set Hero of Tsushima skin. Set ini juga memiliki kuda istimewa, yang memerlukan anda memulakan permainan baru untuk memilihnya jika anda sudah jauh dalam permainan. Berminat? Ini lah pautan ke PS Store.
Untuk segala info tentang Ghost of Tsushima seperti ulasan, info, dan lain-lain, sila klik di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post