Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghost of Tsushima henti menambah update baru, game sudah “sempurna”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
Ghost of Tsushima henti menambah update baru, game sudah “sempurna”

Sumber: aiden17hi

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas meraih sambutan positif di seluruh dunia, Sucker Punch Productions telah memutuskan beberapa projek baru untuk Ghost of Tsushima, termasuk expansion besar-besaran “Iki Island” dan mode multiplayer. Kedua-dua projek ini juga dilancarkan dengan berjaya, tetapi nampaknya Sucker Punch ingin fokus ke game lain kerana mereka telah mengesahkan secara rasmi bahawa Ghost of Tsushima akan berhenti menerima update baru buat sementara waktu.

In the coming days, we'll release Patch 2.18 for #GhostOfTsushima. This patch changes several Legends items, fixes a bug that prevented some players from earning Hidden Heart, adds save imports to Legends standalone, and more.

See full patch notes here: https://t.co/duIl5AmKpO pic.twitter.com/I4IPB5nI1z

— Sucker Punch Productions (@SuckerPunchProd) April 8, 2022

Secara lebih khusus, Sucker Punch Productions berkata mereka tidak menguruskan sebarang update “buat masa sekarang” untuk Ghost untuk Tsushima. Seperti saya kata tadi, ini hanya sementara waktu dan jika perlu apa-apa penambaikan, Sucker Punch akan membetulkannya pada masa hadapan.

Selain itu, pihak studio juga berkata mereka akan terus memantau setiap maklum balas peminat -terutamanya dalam komuniti Ghost of Tsushima Legends- sekiranya sebarang bug atau isu lain muncul. Andai kata ada masalah, pemain Ghost of Tsushima  boleh menghantar mesej ke Twitter Sucker Punch di Twitter jika mempunyai apa-apa kebimbangan.

Seterusnya, Sucker Punch mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh komuniti Ghost of Tsushima dalam mesej di atas. Pertama sekali, studio itu ucapkan terima kasih atas “jumlah sokongan dan maklum balas luar biasa” yang diberikan oleh pemain sejak hari pertama pelancaran, lagi-lagi selepas mode “Legends” berkembang menjadi komuniti yang lebih aktif daripada apa yang pertama kali dijangkakan.

Walaupun tiada petunjuk atau klu diberikan tentang projek apa yang sedang diusahakan oleh Sucker Punch, kita boleh melihat mereka sedang amat sibuk. Adakah mereka sedang membuat sekuel Ghost of Tsushima, atau mungkin sesuatu yang berbeza? Adakah ia akan datang ke PC? Kita “wait and see” ya.

Bagi sesiapa yang berminat, Ghost of Tsushima kini tersedia di PS4 dan PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ghost of tsushimaPS4ps5Update
Previous Post

Preview GUNDAM EVOLUTION – Overwatch dalam bentuk Gundam

Next Post

Pre-order pakaian rasmi Esports Malaysia sekarang, GANK sebagai penaja rasmi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pre-order pakaian rasmi Esports Malaysia  sekarang, GANK sebagai penaja rasmi

Pre-order pakaian rasmi Esports Malaysia sekarang, GANK sebagai penaja rasmi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd