Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Version 5.2 Akan Dilancarkan Pada 20 November Bersama Dua Watak Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 11, 2024
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Genshin Impact Version 5.2 Akan Dilancarkan Pada 20 November Bersama Dua Watak Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, HoYoverse telah mengumumkan update versi 5.2 untuk Genshin Impact, bertajuk “Tapestry of Spirit and Flame,” yang akan tersedia pada 20 November. Bersama kemas kini ini, versi Xbox Series X|S juga akan diperkenalkan.

Berikut adalah butiran penting:

Puak-Puak Baru dari Natlan

Update ini memperkenalkan dua puak baru dari Natlan: Flower-Feather Clan dan Masters of the Night-Wind, setiap satunya memiliki pahlawan elit dan rakan Saurian yang unik. Pemain boleh melayang di udara dan bertarung dengan bantuan Chasca dan Ororon, atau bahkan berubah menjadi rakan Saurian mereka untuk membuka tahap mobiliti yang baru.

Kredit: HoYoverse

Pengembangan Natlan juga membuka kawasan baru untuk diterokai, membolehkan pemain menyelami budaya puak-puak ini, menyiasat kemalangan misteri bersama Citlali dan Ororon, atau bergerak ke arah barat laut menuju sebuah bandar berlapis yang menjulang tinggi dengan pelbagai rahsia.

Rakan Saurian, yang penting untuk meneroka kawasan Natlan yang pelbagai sejak versi 5.0, memainkan peranan yang lebih penting dalam versi 5.2. Dua Saurian baru, Qucusaurs dan Iktomisaurs, membawa keupayaan udara yang dipertingkatkan dan penglihatan khas, memudahkan penerokaan laluan tersembunyi, menemui harta karun, dan bertarung dengan musuh.

Kredit: HoYoverse

Qucusaurs, yang pernah menjadi penjaga langit Natlan, boleh meluncur jarak jauh dan menggunakan phlogiston untuk naik tinggi, berguling, atau lajukan gerakan semasa dalam penerbangan. Iktomisaurs, yang dihormati kerana kebijaksanaan mereka, terkenal dengan keupayaan melompat tinggi secara menegak dan penglihatan unik mereka yang membolehkan mereka mengesan benda yang tidak dapat dilihat.

Watak Baru: Chasca dan Ororon

Version 5.2 memperkenalkan dua pahlawan elit ke dalam Genshin Impact:

Kredit: HoYoverse
  • Chasca: Seorang pemanah Anemo 5★ dari Flower-Feather Clan. Dilengkapi dengan senjata uniknya, “Soulsniper,” Chasca boleh melayang di udara sambil menyerang, menjadikannya pakar dalam pertempuran udara. Senjatanya menembak peluru pelbagai elemen yang boleh digabungkan dengan elemen Pyro, Hydro, Cryo, atau Electro, memberikan fleksibiliti dalam pertempuran. Kehadiran Chasca juga menjana semula Phlogiston selepas mengalahkan musuh.
Kredit: HoYoverse
  • Ororon: Seorang pemanah Electro 4★ dari Masters of the Night-Wind. Ororon mengumpul Nightsoul apabila rakan sepasukan menghasilkan damage Electro atau Hydro, yang membolehkan dia memasuki mod Nightsoul’s Blessing di mana dia memberikan damage Electro di luar medan. Ororon juga boleh memanggil Supersonic Oculus untuk mengganggu musuh dan membantu rakan sepasukan dengan meningkatkan kelajuan meluncur, menjadikannya support yang berharga di dalam dan di luar pertempuran.

Watak-watak baru ini akan dipaparkan dalam Event Wishes. Separuh pertama akan menampilkan Chasca, Ororon, dan Lyney, manakala separuh kedua akan menyaksikan kemunculan semula Zhongli dan Neuvillette.

Pengembangan Cerita dan Acara Bermusim

Kredit: HoYoverse

Babak baru Archon Quest Chapter V: Interlude “All Fires Fuel the Flame” akan membawa pemain menjelajah Natlan ketika mereka membantu Flower-Feather Clan membersihkan kontaminasi Abyssal.

Sementara itu, acara bermusim utama, “Iktomi Spiritseeking Scrolls,” menjemput pemain untuk menyertai Citlali dan Ororon dalam menyiasat kemalangan di kalangan Masters of the Night-Wind. Pada masa yang sama, pemain boleh memperoleh ganjaran seperti Primogem dan pedang eksklusif 4 bintang, “Calamity of Eshu.”


Genshin Impact boleh didapati di PS5, PS4, PC (melalui klien dan Epic Games Store), iOS, dan Android. Versi Xbox Series akan dilancarkan pada 20 November, dan versi Nintendo Switch juga sedang dirancang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta Palworld Dedah Isu Sebenar Dalam “Kes Plagiat” Nintendo/The Pokémon Company

Next Post

Lionheart Studio Umum Barisan Game Baharu – Ada Roguelike, Gacha & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Lionheart Studio Umum Barisan Game Baharu – Ada Roguelike, Gacha & Banyak Lagi!

Lionheart Studio Umum Barisan Game Baharu - Ada Roguelike, Gacha & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd