Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact update 4.1 ‘To the Stars Shining in the Depths’ – Segala info yang anda perlu tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5
0 0
0
Genshin Impact update 4.1 ‘To the Stars Shining in the Depths’ – Segala info yang anda perlu tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Program Khas yang diadakan beberapa hari lepas, HoYoVerse telah mendedahkan info terkini tentang Genshin Impact update 4.1, yang digelar “To the Stars Shining in the Depths.”

Menampilkan pelbagai watak, event, dan ganjaran baru, update ini akan dilancarkan pada 27 September. Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah ringkas info tentang update ini tersebut:

Jelajah Fontaine dengan lebih mendalam

Kredit: HoYoVerse

Berikutan pengenalan Court of Fontaine, lebih banyak lokasi baharu akan mendedahkan sejarah dan misteri negara dari perspektif berbeza.

Tersembunyi di lautan dalam, Fortress of Meropide bukan sahaja menyimpan orang buangan dari seluruh Fontaine tetapi juga beberapa fungsi dan misteri penting. Quest terbaharu Archon akan bermula di sini semasa Traveler mencari Childe.

Kredit: HoYoVerse

Pada masa yang sama, lokasi “Allogravity-Condensed Water Bodies” yang terapung di udara dan runtuhan sekeliling menceritakan “percubaan maut oleh Fontaine Research Institute bagi bertahan hidup daripada ramalan banjir besar”.

Bahaya baharu menanti apabila pemain meneroka kawasan bawah air dan runtuhan baharu ini. Boss Enemy baharu “Millennial Pearl Seahorse” ialah makhluk cantik yang melakukan damage Electro manakala Boss Enemy “Experimental Field Generator” ialah peranti penyelidikan yang digunakan untuk mengatasi kesan graviti, memberikan keupayaan kepada pemain untuk melompat lebih tinggi dan mengelak serangannya.

Kredit: HoYoVerse

Dua watak baharu

Kredit: HoYoVerse

Dua watak Fontaine boleh dimainkan sepenuhnya sebagai “five-star Catalyst”. Pemain boleh belajar lebih lanjut tentang kisah mereka dalam Story Quest masing-masing.

Neuvillette boleh melancarkan arus air lurus yang memberikan Hydro damage melalui Charged Attack, manakala Wriothesley mahir menggunakan serangan jarak dekat untuk melakukan Cryo damage. Kedua-dua watak mampu menelan HP mereka untuk melakukan jenis serangan berkuas dan kemudian memulihkan kesihatan selepas itu.

Kredit: HoYoVerse

Neuvillette dan Hu Tao akan tersedia dalam pusingan pertama Event Wishes, diikuti oleh Wriothesley dan Venti.

Pelbagai acara menarik dan ganjaran disediakan

Kredit: HoYoVerse

Selain pengembaraan di Fontaine, festival puisi di Mondstadt dan Liyue menawarkan peluang yang baik untuk bersatu semula dengan rakan-rakan. Festival ini juga menampilkan pelbagai mini-game dan Catalyst 4-bintang eksklusif untuk ditebus.

Lebih banyak ganjaran boleh dituntut sempena ulang tahun ke-3 Genshin Impact. Acara log masuk harian khas kembali dan menawarkan sehingga ×10 Intertwined Fate dan bonus lain. Semasa Update 4.1, pemain juga boleh menyemak peti mel in-game untuk menuntut ×1,600 Primogem, ×4 Fragile Resin, dan dua gajet unik “Portable Aerodynamic Gelatinous Bubble Generator” dan “Itty Bitty Octobaby.”

Kredit: HoYoVerse

Genshin Impact kini tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, PC melalui laman web rasmi dan Epic Games Store, iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play manakala update 4.1 akan dilancarkan pada 27 September nanti. Versi Switch masih dalam pembikinan.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactGenshin Impact update 4.1
ShareTweetSend
Previous Post

“Junji Ito Horror House” Akan Diadakan Di Malaysia Bermula 28 September! Jom Selami Dunia Horror Ini!

Next Post

Ingin ke Genshin Concert Tour Malaysia? Jom Sertai Giveaway Khas Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ingin ke Genshin Concert Tour Malaysia? Jom Sertai Giveaway Khas Ini!

Ingin ke Genshin Concert Tour Malaysia? Jom Sertai Giveaway Khas Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd