Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play] Genshin Impact membuat kemunculan PS4 pada musim luruh 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2020
in Acara, Anime, ARPG, Artikel, Berita, Livestream, Mobile, PC, PS4
0 0
0
[State of Play] Genshin Impact membuat kemunculan PS4 pada musim luruh 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara State of Play hari ini menampilkan trailer baru untuk Genshin Impact, sebuah game anime RPG oleh miHoYo. Selain daripada info yang pernah kami bekalkan sebelum ini, trailer terbaru Genshin Impact menjelaskan apa lagi yang menarik dalam permainan ketika pemain meneroka dunia terbuka.

Kita diperkenalkan kepada watak-watak baru dan setiap satu sebenarnya sangat penting untuk mendapatkan pengalaman jalan cerita penuh dan mengetahui lebih banyak mengenai dunia yang dikawal oleh dewa-dewa yang berkuasa. Anda akan bertemu pelbagai watak dalam perjalanan, di mana mereka akan dibentukkan menjadi “party“. Pertempuran berasaskan “party” dan beberapa bos kuat juga dijelaskan dalam video di atas.

Selain daripada watak-watak dan sistem pertempuran, pelajari dunia terbuka yang penuh keunikan, di mana anda boleh mendaki apa sahaja untuk mengakses hampir semua perkara. Hati-hati kerana memanjat atau mendaki akan menurunkan meter stamina. Seperti mana-mana RPG, NPC disediakan untuk misi sampingan yang bakal membuat anda sibuk selama berjam-jam.

Pemain akan mengawal watak misteri yang dikenali sebagai “Traveler” dimana anda sedang mencari kembar yang hilang dan membongkar rahsia-rahsia Teyvat.

Dalam beta, pemain berpeluang untuk eksplorasi Mondstadt dan Liyue (dua antara 7 bandar utama di Teyvat) serta pemandangan sekitarnya yang penuh dengan makhluk unik, musuh untuk lawan, misteri untuk diselesaikan dan harta karun untuk dicari. Pemain dapat membina party sehingga 4 playable character dan manfaatkan gaya pertempuran sendiri serta abiliti elemen mereka untuk mengatasi pelbagai halangan. Bereksperimen dengan elemen-elemen dan kuasi seni pertempuran untuk cari gaya pilihan anda.

Genshin Impact akan dilancarkan pada musim luruh ini di PlayStation 4, PC dan mobile. Nantikan ulasan kami untuk demo di PS4 tidak lama lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayGenshin ImpactPS4state of play
Previous Post

[State of Play] Vader Immortal: A Star Wars VR series akan datang ke PSVR

Next Post

[State of Play] Ekspansi Control’s AWE membawa sinaran misteri baru pada 27 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[State of Play] Ekspansi Control’s AWE membawa sinaran misteri baru pada 27 Ogos ini!

[State of Play] Ekspansi Control’s AWE membawa sinaran misteri baru pada 27 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd