Pada hari ini, akaun Twitter Genshin Impact telah membuat cabaran terbaru untuk komuniti permainan tersebut. Anda hanya perlu follow akaun Ella Musk, salah seorang watak yang anda akan jumpai dalam Genshin Impact yang boleh bercakap bahasa hilichurl. Jika jumlah pengikut mencapai jumlah yang ditetapkan, akan ada beberapa perkara yang akan mereka lakukan. Banyak daripadanya melibatkan usahawan berjaya, Elon Musk. Bukan itu sahaja, jika akaun Ella Musk mencapai 5 juta follower, CEO Dawei akan menjemput Elon Musk untuk melawat HQ miHoYo.

Ia seperti miHoYo mempunyai strategi pelik untuk mengumpul follower pada akaun tersebut. Malah, cabaran itu tidak memberikan apa-apa ganjaran kepada pemain yang follow akaun tersebut. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari komuniti Genshin Impact sekali lagi. Permainan RPG ini baru sahaja di bom review, kini akaun Twitter mereka juga mungkin berkurangan follower kerana cabaran komuniti ini.
Ramai daripada follower Twitter akaun tersebut menyampaikan perasaan kecewa mereka dan ada juga artis yang mengambil kesempatan untuk menambah follower mereka sendiri dengan fanart yang dihasilkan pada Quote Retweet catatan tersebut. Tidak kurang juga mereka yang meletakkan meme untuk menunjukkan perasaan mereka terhadap cabaran ini.
Menurut catatan oleh Mtashed, dia berasa kesal dengan dengan cara miHoYo mengendalikan Genshin Impact yang mendapat layanan yang berbeza daripada permainan mereka yang lain seperti Honkai Impact dan Tears of Themis. Ianya agak pelik apabila pemain permainan ini seperti di anak tiri kan oleh miHoYo.
Komuniti kini berasa pelik dan mempersoalkan apa sebenarnya yang terjadi dengan pengurusan miHoYo. Cabaran komuniti ini bukan sahaja dibenci peminat malah banyak dalam kalangan mereka tidak teringin langsung untuk mengikuti akaun tersebut dan juga unfollow akaun Genshin Impact. Ella Musk yang tidak bersalah itu seperti dipergunakan untuk mengejar jumlah follower akaun tersebut. Apalah nak jadi dengan pengurusan miHoYo ni.
Tweet asal Genshin tersebut telah dipadam sewaktu artikel ini ditulis. Jadi, pemain Genshin Impact, apa pendapat korang dengan cabaran Ella Musk ini? Boleh tinggalkan komen di bawah. Versi 2.2 Genshin Impact baru sahaja bermula dan terdapat acara-acara baru yang menarik sedang berlangsung. Jangan lupa untuk teroka pulau Tsurumi yang merupakan pulau terakhir di wilayah Inazuma. Untuk mengikuti liputan lanjut mengenai permainan ini, anda boleh klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post