Seperti yang pemain Genshin Impact tahu, permainan ini secara rasmi telah dilancarkan di platform PC, konsol dan Mobile pada tahun lalu. Permainan dunia terbuka ini telah berjaya menjadi salah satu permainan paling popular hingga menjadi Pemenang Besar dalam Google Play’s best games of 2020. Menjelang akhir tahun lalu sahaja, ia mempunyai lebih dari 40 juta pemain, dan jumlah itu meningkat dengan ketara dalam satu bulan terakhir. Bahkan sebelum Genshin Impact dikeluarkan, para pembangun telah mengesahkan bahawa ia akan tiba di Nintendo Switch. Namun, berita mengenainya makin tidak kedengaran selepas itu. Nampaknya kali ini atas perkongsian DualShockers, beberapa maklumat mengenai Genshin Impact di Switch telah didedahkan.
Salah satu aspek permainan yang paling menarik adalah pelbagai kemas kini yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, tidak kira dari segi penambahan watak, kawasan baru, senjata, dan banyak lagi. Baru-baru ini, Kemas kini 1.5 membuat kemunculan sulungnya yang telah disambut baik oleh peminat dan pengkritik. Bukan itu sahaja, Skin Summertime Sparkle Genshin Impact untuk Jane dan Barbara juga dilaporkan akan datang.
Dikatakan versi Nintendo Switch Genshin Impact ditunda sebab Hardware yang lemah
Menurut Laporan yang didedahkan oleh Genshin Leaker di Twitter, versi Switch Genshin Impact telah ditundakan kerana hardware Nintendo Switch yang lemah. Walaupun Genshin Impact bukan permainan yang paling menuntut kuasa hardware di luar sana, ia masih memerlukan spesifikasi yang cukup besar untuk dijalankan, walaupun pada telefon pintar.
Namun, ada beberapa berita baik juga. Genshin Report kemudianya menyatakan bahawa port Switch kemungkinan akan tiba pada tahun ini, yang bermaksud bahawa peminat tidak perlu menunggu lama untuk bermain Genshin Impact di Nintendo Switch.
https://twitter.com/GenshinReport/status/1393925505057968144
Sebelumnya, ia berspekulasi bahawa sejumlah masalah yang telah menundakan pengeluaran ke port Switch. Ini berkisar dari pelbagai pelaksanaan transaksi mikro hingga keserasian eShop. Setakat ini, miHoYo belum mendedahkan apa-apa mengenai pelepasan port Switch, jadi seperti semua kebocoran ini mungkin tidak dapat dipercayai sehingga 100%. Walaubagaimanapun, kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak pemaju miHoYo ok!

@gamersantaimy
Discussion about this post