Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact: Cara-cara menghubungkan akaun PlayStation ke PC/Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2021
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile, Panduan, PC, PS4, PS5
0 0
0
Genshin Impact: Cara-cara menghubungkan akaun PlayStation ke PC/Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun highlight utama untuk kemas kini Genshin Impact 2.0 adalah penambahan wilayah Inazuma ke dalam permainan, banyak pemain juga mungkin gembira kerana akhirnya permainan menyokong ciri cross-save antara semua peranti. Sebelum ini, ciri tersebut hanya tersedia antara platform PC dan mobile, tetapi dengan kemas kini terbaru Genshin Impact, pengguna PlayStation (tidak kira PS4 atau PS5) kini dapat memindahkan kemajuan mereka ke PC atau mobile dengan hanya beberapa langkah mudah.

Sebelum saya menjelaskan langkah-langkah yang diperlukan untuk menghubungkan akaun, ada dua perkara penting yang perlu anda tahu kerana ia boleh menyebabkan masalah besar bagi beberapa pemain. Pertama sekali, pemain PS4/PS5 tidak dapat menghubungkan akaun ke e-mel yang sudah didaftarkan ke akaun miHoYo di PC. Perkara sama untuk pemain PC/mobile, anda tidak dapat berhubung ke akaun PSN yang telah digunakan untuk Genshin Impact.

Itu sahaja, mari kita mulakan!

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Menghubungkan akaun PlayStation (PS4/PS5) ke PC/Mobile

  1. Pemain mesti terlebih dahulu log masuk ke permainan dan mengakses ‘Settings’ dari menu dalam permainan.
  2. Dari menu ‘Settings’, pilih ‘Account’ dan kemudian pilih ‘User Center.’
  3. Apabila pemain memilih ‘User Center’, ia akan membuka dalam permainan dengan pilihan untuk menghubungkan akaun.
  4. Setelah memilih ‘Link Account’ pemain mesti masukkan e-mel yang akan digunakan untuk log masuk ke Genshin Impact pada PC/Mobile.
    • Seperti yang saya sebutkan di atas, e-mel yang dimasukkan oleh pemain tidak boleh sama seperti emel di akaun miHoYo PC.

Menghubungkan akaun PC/Mobile ke PlayStation (PS4/PS5)

  1. Pemain mesti memuat turun Genshin Impact terlebih dahulu pada konsol pilihan mereka.
  2. Setelah membuka permainan, salah satu pilihan pertama yang akan diberikan pemain adalah ‘Link miHoYo (email).’
  3. Tekan pilihan itu dan masukkan e-mel yang digunakan oleh akaun PC/Mobile.
  4. Setelah memasukkan ‘,verification code’, kemajuan akaun sepatutnya sudah dipindahkan.

Pemain harus tahu bahawa Genesis Crystal yang dibeli di PC/mobile atau PS4/PS5 tidak boleh dipindahkan antara platform. Sebagai contoh: jika pemain telah membeli sejumlah Genesis Crystal di PS4/PS5, ia tidak akan muncul ketika pemain log masuk di PC/mobile. Walaupun perkara ini agak leceh, ini adalah perkara yang sangat biasa untuk permainan Gacha yang menyokong ciri cross-platform. Oleh itu, pemain harus menukar Genesis Crystal ke Primogem atau Wishes yang akan muncul di semua platform.

Itu sahaja langkah-langkah mudah yang diperlukan untuk menghubungkan akaun PlayStation ke PC/Mobile di Genshin Impact dan sebaliknya! Genshin Impact kini tersedia untuk mobile, PC, PS4, dan PS5, manakala versi Switch sedang dalam pembangunan. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – miHoYo

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactMobilePanduanPCPS4ps5
Previous Post

Acara anime JoJo’s Bizarre Adventure STONE OCEAN tersedia untuk penonton Malaysia!

Next Post

Ikuti acara Summer Playground Challenges untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ikuti acara Summer Playground Challenges untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif!

Ikuti acara Summer Playground Challenges untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd