Genshin Impact 2.7 sudah tiba, jadi mestilah kita mahu bercerita mengenai watak 5 bintang terbaru, Yelan. Kami tahu mesti ramai juga yang akan gacha untuk banner dia. Video demo untuk Yelan juga sudahpun dilepaskan di Youtube Genshin Impact. Tetapi mari kita lihat lebih dalam untuk jadikan Yelan anda sekuat yang mungkin. Tanpa membuang masa jom, kami perkenalkan dahulu secara ringkas mengenai Yelan.
Kalau anda ingin tahu, Yelan merupakan watak 5 bintang Hydro yang menggunakan busur sebagai senjata utama. Dia merupakan seseorang yang misteri dan boleh mengetahui segala benda yang berlaku di bandar Liyue. Kalau anda ingin tahu, dia merupakan watak sub-DPS yang hebat, jadi jangan teragak-agak untuk cuba mendapatkannya.

Berikut adalah kebolehan yang dimiliki Yelan:
- Serangan biasa
- Lingering Lifeline (Elemental Skill)
- Yelan akan bergerak dengan laju dan melepasi musuh. Setiap musuh yang menjadi sasaran, lifeline akan meletup dan memberikan damage apabila meletup. Jadi, Yelan boleh memberikan damage kepada banyak musuh dalam satu masa. Skill ini juga berguna untuk mengelak daripada serangan dengan pantas.
- Depth-Clarion Dice (Elemental Burst)
- Apabila dihidupkan, Yelan ekan memberikan damage AoE yang tinggi kepada musuh berhampiran dan mempunyai “Exquisite Throw” untuk membantunya menyerang. Ia akan mengikut watak aktif. Jika anda menggunakan serangan biasa atau Lifeline meletup dan terkena musuh, Exquisite Throw ini boleh memberikan damage Hydro berpandukan Max HP Yelan.
- Skill pasif
- Max HP Yelan boleh dinaikkan mengikut jumlah elemental yang ada dalam party anda. Ia boleh dinaikkan dengan kadar 6%/12%/18%/30%.
- Jika anda menghantarnya Expedition di Liyue, terdapat bonus ganjaran sebanyak 20%.
Kalau anda masih keliru mengenai skill Yelan, anda boleh merujuk video Youtube di bawah.
Senjata yang sesuai digunakan oleh Yelan:

Akan datang bersama-sama banner Yelan ialah banner senjata, Aqua Simulacra. Ia merupakan busur yang sangat sesuai untuk digunakan oleh Yelan. Memandangkan damage Yelan bergantung pada Max HP-nya, Aqua Simulacra memberikan peningkatan HP sebanyak 16%. Jika terdapat musuh berhampiran, damage yang diberikan oleh pengguna akan bertambah sebanyak 20%. Efek ini masih tersedia, tidak kiralah watak berada dalam field ataupun tidak. Jika anda tidak mempunyai busur ini, anda boleh memakai busur alternatif di bawah:
- Fading Twilight (senjata acara)
- Hamayumi
- Alley Hunter
Artifact
Untuk Yelan, anda boleh gunakan artifact yang mementingkan HP dan damage Hydro. Jadi saya cadangkan untuk anda menggunakan artifact berikut:

- 2 – piece Heart of Depth: Untuk meningkatkan damage Hydro sebanyak 15%. Anda boleh dapatkannya di Dragonspine.
- 2 – piece Tenacity of the Millelith: Meningkatkan HP sebanyak 20%. Boleh dapatkannya di Ridge Watch.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Jika anda sukakannya, kami akan buat untuk Shinobu pula! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post