Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Bakal Hadir Dengan Genius Invokation TCG Asia Invitational, Bermula 11 Januari Ini!

Maira by Maira
January 9, 2024
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Genshin Impact Bakal Hadir Dengan Genius Invokation TCG Asia Invitational, Bermula 11 Januari Ini!

Sumber: HoYoverse

Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse mengumumkan bahawa Genshin Impact akan mengadakan Genius Invokation TCG Asia Invitational yang pertama pada awal 2024, dengan kumpulan hadiah sebanyak 500,000 CNY (anggaran RM 327,180).

Dari 11 Januari hingga 21 Januari, 16 pemain terbaik dari Dynamic Cup di China dan tiga kejohanan serantau The Prince Cup Asian yang berbeza akan dijemput untuk bertanding di Shanghai. Peminat dan pemain Genshin Impact dari seluruh dunia boleh menonton perlawanan secara langsung melalui AstraCarnival di X, YouTube, dan Twitch serta Genshin Impact Official.

Tentang Genius Invokation TCG

Menggabungkan sistem combat element-based tersendiri Genshin Impact ke dalam game kad strategi, Genius Invokation TCG membolehkan pemain bersaing dengan NPC atau menentang satu sama lain menggunakan koleksi kad mereka. Kejohanan antarabangsa rasmi Astra Carnival: The Prince Cup dan kejohanan komuniti Cat’s Tail Gathering turut dilancarkan pada 2023.

Sumber: HoYoverse

Asia Invitational akan berlangsung dalam dua fasa utama, peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Kedua-dua peringkat menggunakan format penyingkiran berganda di mana peserta akan tersingkir selepas tewas dalam game kedua. 

Dalam peringkat kumpulan, enam belas pemain akan dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan dan menang dalam perlawanan terbaik daripada tiga untuk memastikan lapan tempat dari 11 hingga 14 Januari. Peringkat kalah mati akan berlangsung dari 19 hingga 21 Januari, dengan lapan pemain mara dalam game best-of-five yang sengit. Pada hari terakhir, juara mesti mengatasi pesaing lain dalam perlawanan terbaik tujuh untuk membawa pulang trofi dan hadiah utama 250,000 CNY (anggaran RM 163,590)

Sumber: HoYoverse

Dari 11 Januari hingga 21 Januari, penstriman langsung Genius Invokation TCG Asia Invitational akan tersedia di X, YouTube dan Twitch. Dari 20 Januari hingga 21 Januari, pemain juga boleh menonton perlawanan di Twitch. Peminat dan pemain juga boleh mencuba game kad dalam Genshin Impact dan melihat beberapa siri kad baharu, NPC dan mod duel yang baru ditambahkan pada Versi 4.3 berikutan pengembangan Fontaine yang besar-besaran. Untuk kemas kini lanjut mengenai acara Genius Invokation TCG, sila layari laman web rasmi Astra Carnival.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genius Invokation TCGGenius Invokation TCG Asia InvitationalGenshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic the Hedgehog Bakal Berkolaborasi Dengan McDonald’s Malaysia! Bermula Februari Ini!

Next Post

Kolaborasi Street Fighter 6 dan SPY x FAMILY CODE: White Kini Bermula! Akan Tamat Hujung Januari 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Kolaborasi Street Fighter 6 dan SPY x FAMILY CODE: White Kini Bermula! Akan Tamat Hujung Januari 2024!

Kolaborasi Street Fighter 6 dan SPY x FAMILY CODE: White Kini Bermula! Akan Tamat Hujung Januari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd