Predator League Asia Pacific 2022 Grand Final bagi game PUBG: Battleground yang diadakan di Jepun telah pun sampai ke penghujungnya sebentar tadi dengan menyaksikan 16 pasukan daripada seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia merebut prize pool sebanyak $120,000 (anggaran RM 555,300.00). Maka malam ini kita dapat menyaksikan pasukan dari Vietnam iaitu Genius Esports telah bergelar juara dan sekali gus membawa pulang sebanyak $75,000 (anggaran RM 347,062.50).

Pasukan Genius Esports ternyata menyerlahkan kehebatan mereka dengan mengutip sebanyak 5 Winner, Winner, Chicken Dinner (WWCD) daripada 15 perlawanan dan mata terkumpul sebanyak 190 mata. Mereka telah meninggalkan pasukan lain jauh di belakang dengan tempat kedua dan ketiga hanya dapat mengutip mata sebanyak 125 mata.
Pasukan DAMWON Gaming daripada Korea Selatan membawa pulang sebanyak $30,000 manakala pasukan ArkAngel Predator dari Filipina yang memenangi tempat ketiga membawa pulang sebanyak $15,000 sahaja. Berikut adalah senarai ahli pasukan yang telah berjaya menduduki Top 3 dalam Predator League Asia Pacific Grand Final di Jepun.

1. Genius Esports
- sxmeth1ngelse
- Yuta
- Clories
- SimonT
- Zest
- Wangzuy (C)
- Hanakoishi (C)
2. DAMWOn Gaming
- Under
- Menteul
- Foxy
- Loki
- SicK
3. ArkAngel Predator
- CeeJay18
- MAD-DOG
- Nann
- EvlPtrick
- SilentKnight

Walaupun bagaimanapun, pasukan dari Malaysia iaitu SGDV2 telah berjaya menduduki tempat ke-5 manakala VR4Rivals telah menduduki tempat ke-11. Bagi saya, mereka telah memberikan prestasi yang cukup bagus dan ini merupakan kali pertama mereka muncul di kejohanan LAN serta antarabangsa. Apapun, kami ucapkan tahniah kepada semua ahli pasukan Malaysia kerana telah berjaya sampai ke Predator League Asia Pacific 2022 Grand Final di Jepun.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebUntuk segala liputan kami tentang kejohanan ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post