Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Geng Street Fighter akan muncul dalam Exoprimal Title Update 2 – akan mula bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Geng Street Fighter akan muncul dalam Exoprimal Title Update 2 – akan mula bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan di Tokyo Game Show 2023, Exoprimal rasmi akan menerima Title Update 2 dan memulakan Season 2 pada 18 Oktober! Paling menarik sekali, Season 2 akan membawakan kandungan kolaborasi Street Fighter 6 yang merangkumi skin exosuit Ryu dan Guile, bersama dengan skin exosuit serba baharu Chun-Li.

Berikut adalah tambahan terbaru untuk Title Update 2:

Kolaborasi Street Fighter 6

Kredit: CAPCOM

Kandungan kolaborasi Street Fighter 6 akan tersedia sebagai sebahagian daripada Title Update 2, yang membawa skin exosuit, decal, charm, stamp dan emote yang diilhamkan oleh siri Street Fighter. Para Exofighter boleh mendapatkan item ini dengan memainkan Dino Survival beberapa kali atau membeli set kosmetik.

Ryu’s Suit Skin Set

Kredit: CAPCOM
  • Ryu (Deadeye: Exosuit Skin)
  • Street Fighter (decal)
  • Hadoken (emote)
  • YOU WIN (stamp)
  • Hadoken (charm)

Zephyr Street Fighter Set

Kredit: CAPCOM
  • Guile (Zephyr: Exosuit Skin)
  • Turtling Guile (decal)
  • Somersault Kick (emote)
  • YOU LOSE (stamp)
  • Comb (charm)

Vigilant Street Fighter Set

Kredit: CAPCOM
  • Chun-Li (Vigilant: Exosuit Skin)
  • Shadaloo (decal)
  • Lightning Kick Barrage (emote)
  • Sorry about That! (stamp)
  • Bracelet (charm)

Double EXP Campaign

Net double the Player Level, Survival Pass Level, and Suit Level EXP from the wargames during this campaign, which is planned to be held at irregular intervals. The first instance will occur during the following dates in order to commemorate the release of the title update!

Dapatkan dua kali ganda Player Level, Survival Pass Level dan Suit Level EXP daripada Wargame semasa kempen ini, yang dirancang untuk diadakan pada selang masa yang tidak tetap. Acara pertama akan berlaku pada tarikh berikut:

  • Jumaat, 20 Oktober, 2023 jam 3:00 pagi (UTC) hingga Selasa, 24 Oktober, 2023 jam 2:59 pagi (UTC)

Final Mission: Escape

Kredit: CAPCOM

Bekerjasama dengan pasukan musuh dan sasar untuk menyelesaikan objektif dalam final mission ’10 orang’ ini. Escape terdiri daripada dua fasa. Pada fasa pertama, anda melawan ancaman dinosaur sambil mengawal semula kawasan tertentu di medan perang. Lebih banyak kawasan yang diselamatkan dalam had masa, lebih kuatlah kebolehan exosuit anda untuk fasa akhir.

Pada fasa terakhir, gerbang yang dikenali sebagai Escape Device akan muncul di suatu tempat di medan perang. Lawan melalui gerombolan dinosaur dan lompat melalui Peranti Escape untuk melepaskan diri dari kawasan itu dan menyelesaikan misi.

Escape Device hanya terbuka untuk tempoh yang singkat, jadi bekerjasama dengan semua rakan sekutu untuk melarikan diri bersama-sama!

Field: Ocean Platform

Asalnya dibina di luar pantai Pulau Bikitoa sebagai kilang penapisan minyak, Aibius Corporation kemudian menukarnya kepada fasiliti sintesis Hi-Xol. Semasa wargames, anda boleh mengharapkan pertempuran sengit menentang gerombolan dinosaur di atas ombak yang bergelora.

Title Update 3 dan kandungan seterusnya dalam pembikinan

Kredit: CAPCOM

Sebagai sebahagian daripada Title Update 3, yang akan dikeluarkan pada Januari 2024, Capcom bercadang untuk menambah beberapa varian β exosuits, termasuk memperkenalkan Neo Triceratops, dan membawakan kandungan kolaboratif daripada siri Monster Hunter.


Untuk maklumat lanjut tentang Exoprimal Title Update 2, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI!

Exoprimal akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 14 Julai. Ia juga akan tersedia melalui Xbox Game Pass. Baca segala liputan kami tentang Exoprimal di SINI.

Segala liputan kami tentang Tokyo Game Show disampaikan bersama kerjasama Predator Gaming.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EXOPRIMALStreet Fighter 6Title Update 2
ShareTweetSend
Previous Post

Ubisoft Dedahkan Tom Clancy’s The Division 3, Dibangunkan oleh Massive Entertainment!

Next Post

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Akan Lancar 25 Januari 2024! Hadir Dengan Set Lengkap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Akan Lancar 25 Januari 2024! Hadir Dengan Set Lengkap!

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Akan Lancar 25 Januari 2024! Hadir Dengan Set Lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd