Malam tadi, DRAGON BALL: Sparking ZERO telah mengumumkan beberapa lagi tambahan yang menarik, dengan meluaskan senarai pahlawan kita boleh pakai dengan kemasukan watak-watak daripada Dragon Ball GT.
Penerbit Bandai Namco dan pembangun Spike Chunsoft telah mengeluarkan trailer baharu yang memperkenalkan 15 lagi watak yang boleh dimainkan. Sertailah Goku, Trunks, dan Pan dalam pengembaraan epik mengelilingi alam semesta, di mana mereka akan bertemu pelbagai musuh sehingga pertarungan epik menentang Shadow Dragons.

Watak-watak baharu yang disahkan termasuk:
- Goku (GT)
- Pan (GT)
- Goku (GT), Super Saiyan
- Baby Vegeta (GT)
- Goku (GT), Super Saiyan 3
- Super Baby 1 (GT)
- Super Baby 2 (GT)
- Uub (GT)
- Majuub (GT)
- Goku (GT), Super Saiyan 4
- Great Ape Baby (GT)
- Syn Shenron (GT)
- Omega Shenron (GT)
- Vegeta (GT), Super Saiyan 4
- Gogeta (GT), Super Saiyan 4

DRAGON BALL: Sparking! ZERO akan dilancarkan pada 11 Oktober 2024 untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman rasmi DRAGON BALL: Sparking! ZERO.
@gamersantaimy
Discussion about this post