Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gelecek — Studio Animasi Ejen Ali, Wau Animation Acah Siri Baharu!

Maira by Maira
July 31, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Gelecek — Studio Animasi Ejen Ali, Wau Animation Acah Siri Baharu!

Kredit: Wau Animation Studio

Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lalu, Wau Animation, studio animasi tempatan yang terkenal dengan siri animasi Ejen Ali telah mengongsikan beberapa gambar yang apabila dicantumkan membentuk sebuah poster bola berhadapan dengan gol. Tidak lama selepas itu, studio itu memuat naik sebuah video pendek dengan tajuk “Gelecek”. Melihat video tersebut studio itu seperti mengacah siri animasi baharu yang bertemakan sukan bola. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Word on the street is… there's a rookie joining the lineup. #gelecek #aniMY #wauanimation pic.twitter.com/Z6IZpHLpvU

— WAU Animation Studio (@thewaufactor) July 29, 2023

Melihat rupa serta gaya shading daripada poster dan video, Gelecek nampaknya mengekalkan gaya animasi 3D tetapi dengan gaya shading seperti filem Spider-Man: Into the Spider-Verse dan Puss in Boots: The Last Wish. Dengan latar belakangnya serta muziknya, ada kemungkinan besar ia bukanlah sukan bola sepak biasa tetapi lebih kepada street soccer ataupun futsal. Kami juga terasa seperti ada vibe “Street Fighter 6” daripadanya.

Kredit: Wau Animation Studio

Tidak sabar untuk mendapatkan pendedahan lebih lanjut mengenai siri Gelecek pada masa akan datang. Wau Animation juga sedang membangunkan filem kedua untuk Ejen Ali. Selepas penamat daripada musim ketiga, sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk menonton filem kedua yang sedang dibangunkan.

Buat masa ini, siri animasi Ejen Ali musim 3 sedang ditayangkan di TV3. Jadi anda yang tidak berpeluang untuk menontonnya Disney+ Hotstar, bolehlah ikutinya melalui siaran tersebut. Untuk berita lain mengenai animasi daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Animasi tempatanGelecekWau Animation Studio
ShareTweetSend
Previous Post

ROG ialah penaja rasmi PUBG MOBILE Super League SEA Fall, akan bermula 2 Ogos!

Next Post

Fate/Samurai Remnant Dedahkan Rogue Servant Bersama Trailer Baharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Fate/Samurai Remnant Dedahkan Rogue Servant Bersama Trailer Baharu!

Fate/Samurai Remnant Dedahkan Rogue Servant Bersama Trailer Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd