Kejohanan paling berprestij di dunia MLBB iaitu Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) kini bermula 19 Jun sehingga 23 Jun 2019 ini di Manila, Filipina. Kejohanan ini akan menampilkan jumlah hadiah sebanyak ₱ 6.26 juta (US $ 120,000) ! SMART Araneta Coliseum telah dipilih menjadi tempat Acara Utama untuk MSC 2019. Peminat yang hadir akan dapat melihat pasukan MLBB terbaik di Asia Tenggara bertempur di stadium yang hebat dengan banyak sejarah.
Yang menjadi perhatian, wakil Malaysia akan memulakan pertarungan mereka disana! Geek Fam Mobile Legends berada di Manila dua hari lalu dan akan berentap menentang pasukan-pasukan gergasi dari Filipina bermula harini.

Korang boleh ikuti kemaskini perjalanan Geek Fam MLBB di Facebook Rasmi mereka.
MSC 2019 akan menampilkan 12 pasukan dari 9 negara Asia Tenggara. Negara-negara yang memiliki Mobile Legends: Bang Bang Professional Leagues (MPL) akan menghantar dua pasukan. Malaysia dan Singapura adalah pengecualian dan setiap negara lain akan menghantar satu wakil.
Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja telah menjadi tuan rumah kelayakan tempatan, dengan pasukan pemenang dari setiap negara layak untuk MSC 2019.
Ini antara team yang berentap;
MPL Myanmar
MPL Filipina
Laos
Thailand
Kemboja
Vietnam
Geek Fam akan masuk dalam Kumpulan A untuk pusingan peringkat kumpulan.
Jangan terlepas untuk saksikan siaran lansung MSC 2019 di Facebook Rasmi Mobile Legends: Bang Bang
Teruskan bagi sokongan padu untuk wakil anak-anak Malaysia kita! Kami dari Gamer Santai turut mengucapkan semoga berjaya dan buat yang terbaik untuk MSC 2019!
@gamersantaimy
Discussion about this post