Tahun lepas, Secretlab melancarkan meja casis logam penuh pertama di dunia, iaitu Secretlab MAGNUS Metal Desk. Hampir Mei 2022, kini mereka telah mengembangkan lagi barisan aksesori dengan untuk mencantikkan setup kita serta meningkatkan keselesaan dan produktiviti buat sesiapa yang ada meja Secretlab MAGNUS.
Nak tahu apa apa yang Secretlab tambah? Jom lihat senarai di bawah:
L-Shaped Desk Extension

L-Shaped Desk Extension merupakan meja sambung berbentuk L yang menyediakan ruang untuk sebarang objek yang diperlukan dengan storan tambahan serta dapat memenuhi impian estetik. Jika anda menggunakan banyak monitor untuk membuat kerja atau memerlukan ruang kerja lebih untuk urusan lain —meja tambahan bentuk L boleh membuat perbezaan yang drastik.
Berukuran 1572mm (L) x 650mm (W) x 165mm (H), meja ini diperbuat daripada bahan MDF dengan keluli, lantas menjadikan cukup stabil dan kuat untuk menampung apa-apa objek yang besar. Malangnya, meja ini tiada “management tray”, jadi korang hanya boleh letak barang di atas meja. Secara keseluruhan, “L-Shaped Desk Extension” merupakan cara terbaik untuk memaksimumkan ruang dan menaik taraf setup gaming anda.
MAGRGB Diffused LED Strip

Nanoleaf telah bekerjasama dengan Secretlab untuk mencipta pengalaman pencahayaan RGB paling dinamik untuk MAGNUS Metal Desk.
Cipta suasana sempurna untuk game dengan MAGRGB Diffused LED Strip yang menampilkan 4 tetapan cahaya unik dan 7 warna berbeza. Dengan ciri lekat magnet yang mudah pasang dan cabut di Secretlab MAGNUS, bawa sesi gaming anda tahap seterusnya dengan kesan pencahayaan pilihan.
Satu lagi ciri menarik adalah jalur lampu RGB ini boleh dikawal bersama-sama dengan produk Nanoleaf lain menggunakan “Group Scenes” dalam aplikasi Nanoleaf.
MAGPAD Desk Mat & Cable Anchor varian Hitam

Akhir sekali, kita ada MAGPAD Desk Mat dan Cable Anchor varian Hitam untuk memberikan rupa yang clean, anggun dan minimalis.
Desk Mat ini bermagnet yang bermaksud ia mudah dipasang di atas meja, dan akan melekat di posisi yang ditetapkan. Korang tidak perlu risau jika ia tiba-tiba beralih atau bergerak. Selain itu, Desk Mat ini diperbuat daripada bahan kulit tahan lama yang direka untuk keselesaan semasa merehatkan tangan.
Cable Anchor pula tersedia dalam set 3-in-1 merah dan juga bersifat magnetik di bahagian kabek, untuk memastikan pengurusan kabel sentiasa mudah. Korang dengan senang boleh memgaturkan kabel yabg bersepah di atas meja atau di sisi meja untuk pastikan semua mudah dicapai.
Itu sahaja tentang aksesori terbaru Secretlab MAGNUS Metal Desk. Ada boleh melawat laman rasmi Secretlab untuk maklumat lanjut dan jika korang berminat untuk melihat segala liputan kami mengenai Secretlab, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post