Kadang-kadang kalau tengok mana-mana video yang memaparkan negara Jepun, mesti ada yang membawa kita melihat kedai yang penuh dengan Gashapon. Mesin kapsul mainan itu sememangnya popular di negara itu, malah mempunyai pelbagai benda menarik. Di Malaysia juga mempunyai mesin Gashapon, tetapi tidak banyak. Tetapi jangan risau, kerana Bandai sendiri akan membuka kedai Gashapon rasmi di Malaysia!

[UPDATE]
GBO telah memberikan tarikh pembukaan baru setelah ia ditunda pada minggu ini. Gashapon Bandai Official Shop akan dibuka secara rasmi pada 16 Mac 2023.
[Petikan asal artikel]
Akan dibuka di L3-2-1, IOI City Mall Putrajaya 2, Gashapon Bandai Official Shop akan dibuka secara rasmi pada 23 Februari 2023. Kalau anda ingin tahu, kedai rasmi ini juga merupakan kedai rasmi pertama Bandai di rantau Asia Tenggara!

Kepada anda yang tidak mengenali Gashapon, ia merupakan sebuah mesin kapsul mainan dan merupakan trademark kepada Bandai. Ia diperkenalkan pada tahun 1960 dan sangat popular di seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis mainan yang tersedia dalam mesin Gashapon ini. Antaranya item daripada siri anime seperti Sailor Moon, Dragon Ball, Demon Slayer, Spy X Family, One Piece dan macam-macam lagi.

Kalau anda minat game, bolehlah lihat Gashapon Pac-Man, Kirby, Kingdom Hearts, Minecraft dan lain-lain. Kalau anda mencari Gundam juga ada. Kalau nak tahu mesin Gashapon menarik yang ada di sana nanti, kenalah singgah waktu kedai itu buka nanti!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedai Gashapon Bandai ini, boleh ikuti laman Facebook rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post