Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Garmin Malaysia mengumumkan Smartwatch One Piece rekaan Luffy, Zoro, & Chopper

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Produk
0 0
0
Garmin Malaysia mengumumkan Smartwatch One Piece rekaan Luffy, Zoro, & Chopper
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia hari ini melancarkan smartwatch Instinct 2 Solar ONE PIECE edisi terhad, yang menampilkan watak Monkey D.Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Tony Chopper. Tersedia dalam tiga edisi, koleksi smartwatch Instinct 2 Solar ONE PIECE boleh didapati pada harga RM 2,299 di semua kedai Garmin, Shopee dan Lazada. Untuk memperingati hari lahir Monkey D.Luffy pada 5 Mei, koleksi itu juga boleh didapati di AECO e-store.

Monkey D.Luffy Limited Edition (45mm Instinct 2)

Di Inspirasikan oleh Monkey D.Luffy, protagonis utama One Piece, jam berwarna hitam ini mempunyai kancing yang dihiasi dengan rekaan tengkorak dan tulang bersilang, serta menampilkan bezel merah dan kuning serta aksen butang yang menunjukkan keyakinan dan keberanian Luffy.

Roronoa Zoro Limited Edition (45mm Instinct 2)

Matlamat hidup Roronoa Zoro ialah “untuk menjadi ahli pedang terhebat di dunia”. Mengambil inspirasi daripada warna rambut dan pakaian ikonik Zoro, reka bentuk ini cuba menampilkan gaya pertarungan tiga pedang istimewa milik dia.

Tony Tony Chopper Limited Edition (40mm Instinct 2S)

Diinspirasikan oleh ciri comel Chopper, reka bentuk ini menampilkan rekaan merah jambu dan dihiasi dengan butiran tengkorak dan tulang bersilang sama seperti Luffy.

Apa yang cun tentang Instinct 2 Solar?

Instinct 2 Solar dibina selaras dengan ujian MIL-STD-810 untuk kalis: air, jatuh/hentakan, rintangan haba/sejuk dan hakisan. Jam ini dilengkapi dengan paparan pengecasan solar Power Glass, dan bersama dengan sistem ” Power Manager” di dalam, ia boleh meningkatkan hayat bateri dengan cekap untuk penggunaan yang lebih lama.

Ingin work out? Jam ini membolehkan kita mencabar abiliti dengan lebih daripada 30 mode sukan termasuk jenis di dalam dan di luar. Untuk melihat prestasi, jangan lupa untuk sentiasa memantau fungsi “advanced health monitoring”.


Sekali lagi saya ingatkan, koleksi smartwatch Instinct 2 Solar ONE PIECE boleh didapati pada harga RM 2,299 di semua kedai Garmin, Shopee dan Lazada serta AECO e-store.

Untuk baca segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Garmin Malaysialuffyone piecesmartwatch
Previous Post

Boruto jadi viral kerana muka menangis terlalu buruk, peminat pun tak puas hati

Next Post

Black Clover: Wizard King rupanya Devil terkuat, plot twist terbesar dalam siri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Black Clover: Wizard King rupanya Devil terkuat, plot twist terbesar dalam siri

Black Clover: Wizard King rupanya Devil terkuat, plot twist terbesar dalam siri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd