Tahun ini merupakan ulang tahun ke-5 untuk game battle royale Garena Free Fire. Seiring dengan sambutan tersebut, mereka akan mengadakan konsert virtual buat kali pertama bersama-sama penyanyi pop popular iaitu Justin Bieber pada 27 Ogos 2022 dalam Free Fire.
Dalam konsert virtual ini, pemain boleh menari, bermain minigame dan yang paling menarik adalah beraksi bersama-sama Justin Bieber. Dengan mengadakan konsert virtual ini, Justin Bieber akan mengeluarkan satu lagu baru yang dicipta khas untuk Garena Free Fire.

Saya teruja untuk bekerjasama dengan Garena Free Fire bagi mendapatkan peluang ini untuk menghiburkan peminat saya di seluruh dunia.
Kerjasama dengan Free Fire telah membolehkan kami meneroka pelbagai dimensi di mana kami dapat mengintegrasikan muzik saya dengan game dan saya tidak sabar untuk melihat semua orang menikmati apa yang kami telah bekerja keras di belakang tabir.
Menurut Justin Bieber

Dengan membawa tema “Reunite the World”, mereka akan membawa kandungan bertema yang diminati ramai, ganjaran dan giveaway. Garena juga akan buat lebih banyak kolaborasi dan acara yang menarik bukan sahaja dalam game tetapi di luar game juga.
Ini merupakan kali pertama untuk Garena Free Fire membuat virtual konsert bersama penyanyi popular. Sebelum ini, game battle royale Fortnite pernah menjemput Ariana Grande, Travis Scott, BTS dan Marshmello. Bukan Fortnite saja yang pernah membuat konsert seperti ini, Roblox pun ada. Mereka mengadakan virtual konsert bersama Lil Nas X dan Twenty One Pilots.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa konsert virtual Garena Free Fire bersama Justin Bieber akan diadakan pada 27 Ogos 2022 dan segala maklumat terperinci mengenainya akan didedahkan dalam masa terdekat.
Jadi, adakah anda akan turut serta untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-5 Garena Free Fire bersama Justin Bieber? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post