Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Garena Free Fire diharamkan di India kerana boikot produk China

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 15, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Garena Free Fire diharamkan di India kerana boikot produk China
Share on FacebookShare on Twitter

Garena Free Fire ialah game mobile seterusnya yang akan diharamkan oleh kerajaan India. Keputusan ini dibuat ketika kemuncak populariti Free Fire dan diaplikasikan bukan sahaja untuk pemain kasual, malah juga dalam arena esport. Ramai yang terkejut dan tidak tahu apa yang berlaku seperti Team Vitality India yang baru sahaja mengumumkan roster pemain untuk Free Fire hanya lapan jam sebelum pengumuman tersebut.

Sebagai konteks, PUBG Mobile dan 117 aplikasi China lain telah diharamkan pada September 2020 – di bawah Seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat oleh Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India – kerana “memudaratkan kedaulatan dan integriti India, pertahanan India, keselamatan negara dan ketenteraman awam.” Kerajaan risau bahawa aplikasi ini mengumpul data warga India secara haram, kerana berlakunya pertikaian sempadan antara kedua-dua negara.

Menurut senarai yang diterbitkan baru-baru ini, 54 aplikasi dan game lain telah diharamkan, termasuk Garena Free Fire, Conquer Online dan beberapa aplikasi sosial.

#ETNOWExclusive | Garena Free Fire banned! Here's the full list of the 54 banned #Chinese apps 👇@NayantaraRai @AshwiniVaishnaw @Rajeev_GoI @GoI_MeitY @PMOIndia #FreeFire pic.twitter.com/7HzYISp52H

— ET NOW (@ETNOWlive) February 14, 2022

“Apabila menerima perintah interim yang diluluskan di bawah Seksyen 69A Akta IT, berikutan proses yang ditetapkan, kami telah memaklumkan pemaju yang terkesan dan telah menyekat sementara akses kepada aplikasi yang kekal tersedia di Play Store India,” kata wakil Google dalam satu kenyataan, seperti yang dilaporkan oleh TechCrunch .

Walaupun Garena sebenarnya bukan syarikat dari China dan sebenarnya beroperasi di Singapura, 18.7% daripadanya dimiliki oleh konglomerat Tencent yang berasal dari China. Tencent adalah sebab utama PUBG Mobile diharamkan pada tahun 2020 kerana pihak berkuasa India menuduh syarikat itu mengumpul dan memantau data warganya.

Untuk segala liputan kami tentang Free Fire, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Garena Free Fire
Developer: Garena
Release Date: 2017-12-04
Android, iOS
Garena Free Fire adalah permainan video untuk bergerak dari genre permainan battle royale, yang dibangunkan oleh 111dots Studio dari Vietnam dan diterbitkan oleh Garena. Permainan ini dibebaskan betanya pada 20 November 2017 dan secara rasminya dikeluarkan untuk Android dan iOS pada 4 Disember 2017.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Free FireGarena Free FireIndia
Previous Post

Anime Lord of the Rings: The War of the Rohirrim akan keluar tahun 2024

Next Post

“Baru dapat pulang rumah lepas 3 hari” – Pengarah AOT akhirnya dapat rehat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
“Baru dapat pulang rumah lepas 3 hari” – Pengarah AOT akhirnya dapat rehat

"Baru dapat pulang rumah lepas 3 hari" - Pengarah AOT akhirnya dapat rehat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd