Tolong diingatkan korang tidak dapat bermain Call of Duty Warzone (COD Warzone) di mobile dan takkan pernah dapat dimainkan di platform itu ye! Ya sejak kehangatannya minggu ini masih belum reda, Call of Duty Warzone permainan battle royale ini secara rasmi boleh dimuat turun percuma di PC via Battle.net, PlayStation 4 dan Xbox One sahaja. Spesifikasi yang korang kena gunakan terutama pemain PC mesti lah kena siap sedia yang padu. Pada yang dah muat turun permainan ini, JANGAN LUPA untuk masukkan link akaun COD anda! Sebab inilah peluang anda untuk mendapat ganjaran kepada permainan sedia ada COD yang lain telah dimuat turun dari anda dan itu termasuk Call of Duty Mobile!
Ganjaran bonus Task Force menanti pemain Call of Duty Mobile dan acara ini adalah dalam waktu yang terhad! Anda hanya mempunyai masa kurang dari dua minggu untuk menebus ganjaran ini. Jadi link akaun COD anda dalam cara yang betul diantara 23 Mac 2020 dapat menjaringkan anda Exchange Coin, satu item yang boleh digunakan untuk memilih ganjaran anda.
“Call of Duty: Warzone, sebuah pengalaman Modern Warfare, dilancarkan pada 10 Mac dan untuk meraikannya, kami menawarkan anda peluang untuk merekrut Task Force 141 Soldier ke pasukan Call of Duty: Mobile ,”
“Dari 10 – 23 Mac, terdapat sebuah acara ‘special exchange’ bernama ‘Task Force 141 – Warzone’ akan tersedia di menu Events”
– Activision.
Cara-cara untuk mendapat ganjaran ini di Call of Duty Mobile;
- Muat turun Call of Duty: Warzone dalam platform pilihan anda (PC, Konsol sahaja) dan log masuk menggunakan link akaun Call of Duty yang sama dengan Call of Duty: Mobile.
- Andai kata anda masih belum memiliki akaun COD, anda bole buat yang baru melalui klik akaun baru di COD Mobile anda.
- Log masuk ke Warzone menggunakan akaun link Call of Duty Mobile dan selesaikan tutorial. Dalam masa 72 jam, anda akan menerima ‘exchange coin dalam mainbox COD Mobile anda;
- Tukar coin ini untuk pilih 1 daripada 3 berikut dalam Task Force 141 Soldiers: Ghost – Stealth, Captain Price atau Gaz. Maka Soldier ini akan jadi milik anda!
Tak terlupa juga, Activision pernah umumkan sebelum ini, jika anda link akaun COD anda dalam COD Mobile untuk pertama kali, anda juga akan mendapat Outrider- Artic Soldier!
Jadi tidak perlu tunggu lama-lama lagi dan muat turun Call of Duty: Warzone sekarang dan link akaun COD Mobile anda lalu dapatkan ganjaran dalam COD Mobile anda!

@gamersantaimy
Discussion about this post