Jenama PC gaming hardware terkenal MSI berganding bahu sekali lagi bersama penerbit antarabangsa kepada hiburan dan servis interaktif iaitu Ubisoft. Bersama, mereka ingin menarik lebih ramai gamers ke sebuah lagi judul terlaris, Tom Clancy’s The Division 2 yang lengkap sekali dengan Next-Gen Synchronized Ambient Link Lighting.
Ambient Link menyelaraskan setiap Modular Light Panel dan setiap produk MSI Gaming yang menggunakan Mystic Light dengan on-screen gaming untuk mencipta suasana Ambient Lighting yang realistik dan menyerupai skema warna in-game. Ini bertujuan untuk meluaskan dunia game sehingga ke bilik pemain.
Dibina berdasarkan MSI exclusive Mystic Light Sync:
“Ambient Link mengandungi pelbagai fungsi terbaru dan menarik, menjadi hubungan yang lebih intim kepada jalan cerita permainan video dan akhir sekali, -puluh Lighting Preset untuk lebih daripada 20 default berpuluh situasi seperti jika watak utama sedang bertempur, atau membunuh musuh dengan mengunakan skill dan sebagainya.”
Salah satu daripada elemen penting di Ambient Link ialah keyboard eksklusif MSI yang mempunyai RGB Lighting di setiap butang. Keyboard ini memberi real-time in-game detail dan hotkey yang sangat berguna. Modular Light Panel seperti Nanoleaf Canvas pula menawarkan sebuah pengalaman yag menghidupkan kesemua deria pemain dengan persekitaran berbeza seperti langit biru yang jelas, hutan rimba, persekitaran alam sekitar, unggun api, meteor shower, dan lain-lain.
Pemain juga boleh pilih untuk membeli promotion bundle MSI QHD Gaming Monitor serta Tom Clancy’s The Division 2 untuk aksi yang imersif dan fast-paced.
Nak maklumat lanjut? Boleh lawat link ni: https://www.msi.com/Promotion/tom-clancys-the-division2
@gamersantaimy
Discussion about this post