Dengan populariti mobile gaming yang semakin meningkat, mencari gaming phone berkuasa pada harga yang berpatutan menjadi keutamaan untuk ramai orang di Malaysia. Sebelum ini, kami pernah senaraikan gaming phone terbaik bawah RM1000, dan kali ini kami akan kongsikan pula senarai gaming phone terbaik bawah RM2000 untuk tahun 2025.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan cip pemprosesan berkuasa, paparan kadar segar tinggi, bateri yang tahan lama, pengecasan pantas, sokongan 5G, dan ciri gaming khas seperti sistem penyejukan dan shoulder trigger. Jom kita tengok dengan lebih terperinci.
POCO X7 Pro (RM1499–RM1699)

Dilancarkan pada Januari 2025, POCO X7 Pro menawarkan gabungan prestasi dan nilai yang sukar ditandingi. Ia mengatasi pesaing seperti Xiaomi 14T dengan bateri 6000mAh yang lebih besar dan teknologi LiquidCool 4.0 terbaru, yang membantu mengekalkan prestasi ketika bermain dalam sesi panjang.
Dengan pengecasan pantas 90W, anda tidak perlu tunggu lama untuk kembali bermain. Cip MediaTek Dimensity 8400 Ultra juga memastikan pengalaman gaming yang lancar, walaupun untuk game yang mencabar.
- Pemproses: MediaTek Dimensity 8400 Ultra
- Paparan: 6.67″ AMOLED, 120Hz, kecerahan puncak 3200 nits
- Bateri & Pengecasan: 6000mAh, 90W HyperCharge
- 5G: Ya
Infinix GT 30 Pro (RM1299–RM1499)

Infinix GT 30 Pro, yang mula dijual pada Mei 2025, adalah pilihan ideal untuk gamer kompetitif. Kadar penyegaran 144Hz memberikan kelebihan besar dalam game pantas seperti Call of Duty Mobile, mengatasi POCO X7 Pro dan Xiaomi 14T yang hanya 120Hz.
Shoulder trigger kapasitif memberikan kawalan yang lebih tepat, menjadikannya sesuai untuk game berintensiti tinggi. Tambahan pula, sistem All-Day Full FPS membantu mengekalkan prestasi sepanjang sesi gaming.
- Pemproses: MediaTek Dimensity 8350 Ultimate
- Paparan: 6.78″ AMOLED, 144Hz, 4500 nits
- Bateri & Pengecasan: 5500mAh, 45W berwayar, 30W tanpa wayar
- 5G: Ya
HONOR 400 (RM1899–RM2199)

HONOR 400, yang dilancarkan pada bulan ini, adalah pilihan premium dengan kapasiti bateri 6000mAh, setanding dengan POCO X7 Pro. Ia menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, yang mampu mengendalikan game-game berat dengan baik, walaupun kurang berkuasa sedikit berbanding cip Poco F6.
Paparannya yang mencapai 5000 nits menjadikan HONOR 400 sesuai untuk gaming luar, dan pengecasan pantas 80W melebihi model lain dalam senarai ini.
- Pemproses: Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3
- Paparan: 6.55″ AMOLED, 120Hz, 5000 nits
- Bateri & Pengecasan: 6000mAh, 80W berwayar
- 5G: Ya
Nothing Phone (3a) Pro (RM1999)

Dilancarkan pada Mac 2025, Nothing Phone (3a) Pro menampilkan rekaan unik dengan keupayaan gaming yang mengagumkan. Sistem audio stereo ganda meningkatkan pengalaman gaming, manakala cip Snapdragon 7s Gen 3 memberikan prestasi yang terlebih mencukupi untuk game popular.
Ciri Glyph Interface pula menambah sentuhan visual yang menarik, sementara butang Essential Key memudahkan kawalan semasa bermain.
- Pemproses: Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3
- Paparan: 6.77″ AMOLED, 120Hz, 3000 nits
- Bateri & Pengecasan: 5000mAh, 50W berwayar
- 5G: Ya
Poco F6 (RM1799–RM1999)

Dilancarkan pada Mei 2024, Poco F6 adalah antara pilihan terbaik dengan cip Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang berkuasa, menjadikannya sesuai untuk game-game paling berat. Teknologi LiquidCool 4.0 dengan IceLoop membantu memastikan suhu telefon kekal stabil ketika sesi gaming panjang.
Walaupun tiada trigger fizikal, ia digantikan dengan pengecasan pantas 90W dan prestasi tinggi dari cip pemprosesannya.
- Pemproses: Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3
- Paparan: 6.67″ AMOLED, 120Hz
- Bateri & Pengecasan: 5000mAh, 90W berwayar
- 5G: Ya
Infinix NOTE 50 Pro+ 5G (RM1599)

Infinix NOTE 50 Pro+ 5G, yang mula dijual pada Mac 2025, menawarkan kadar penyegaran 144Hz, setanding dengan Infinix GT 30 Pro. Cip MediaTek Dimensity 8350 Ultimate memberikan prestasi yang baik, manakala pengecasan 100W adalah yang terpantas dalam senarai ini, mengalahkan Poco F6.
Walaupun tiada trigger, ia tetap menawarkan keseimbangan antara kelajuan dan visual.
- Pemproses: MediaTek Dimensity 8350 Ultimate
- Paparan: 6.78″ AMOLED, 144Hz, 1300 nits
- Bateri & Pengecasan: 5200mAh, 100W berwayar
- 5G: Ya
Bagi gamer di Malaysia yang mencari gaming phone berkuasa dengan harga di bawah RM2000 pada tahun 2025, pilihan ini cukup menarik dan memenuhi pelbagai keperluan.
Infinix GT 30 Pro sesuai untuk mereka yang mahukan kelebihan tambahan seperti trigger dan paparan 144Hz, manakala POCO X7 Pro dan Poco F6 lebih sesuai untuk yang mahu sistem penyejukan mantap bagi prestasi konsisten.
Nothing Phone (3a) Pro pula ideal untuk mereka yang mementingkan reka bentuk dan audio berkualiti, manakala HONOR 400, Infinix NOTE 50 Pro+ 5G, dan Xiaomi 14T menawarkan prestasi yang seimbang.
Pastikan anda menyemak harga terkini di laman rasmi dan platform seperti Lazada serta Shopee, kerana harga mungkin berbeza bergantung kepada promosi semasa. Yang pasti, setiap gaming phone di atas bawah RM2000!
@gamersantaimy
Discussion about this post