Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

gamescom asia: Lebih 60 syarikat sertai zon B2B, format rancangan akan berubah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Industri
0 0
0
gamescom asia: Lebih 60 syarikat sertai zon B2B, format rancangan akan berubah
Share on FacebookShare on Twitter

Kurang daripada dua bulan sebelum pembukaan acara, penganjur gamescom asia 2022 mengemas kini bahawa lebih 60 syarikat dari 15 negara akan mengambil bahagian kerana melihat minat yang besar daripada jenama dalam B2B.

Pada masa yang sama, format acara juga akan diselaraskan – Trade Zone (B2B) akan terus berjalan seperti biasa dengan elemen in-person dan online, manakala Entertainment Zone (B2C) sebaliknya akan menjadi online sepenuhnya, dengan tambahan dua rancangan maya PRIMETIME dan STUDIO, dan penambahan halaman acara STEAM.

[Update] While the B2B Trade Zone has seen strong response and continues as planned, we have decided to adjust our festival format for the B2C Entertainment Zone to one that is fully online. Our official statement here: https://t.co/UVUMPqSgLu pic.twitter.com/H4DyKEkeue

— gamescom asia (@gamescomasia) September 9, 2022

gamescom asia akan diadakan di Singapura dari 20–22 Oktober 2022, di mana segmen online disediakan untuk semua penonton pada 19 dan 23 Oktober.

Minat industri yang kuat untuk Trade Zone

Gambar daripada acara 2021

Trade Zone akan terdiri daripada kawasan “Expo”, “Trade Conference”, “Networking” dan acara “Developer-Publisher-Investor Speed Dating” dari 20 hingga 22 Oktober.

“Kami sangat digalakkan oleh minat dan kepercayaan yang ramai syarikat letakkan dalam gamescom asia. Pasukan sedang menggandakan usahanya untuk membawa masuk pelbagai jenama, pengucap dan peluang rangkaian yang baik untuk menyokong industri, dan kami berharap dapat menampilkan persembahan yang kukuh pada tahun ini.”

kata penganjur.

Pengunjung perdagangan dan wakil persidangan boleh menghadiri ceramah, menemui bakat-bakat baru, dan mengatur perbincangan perniagaan secara bersemuka.

Perubahan format rancangan

Gambar daripada acara 2021

Entertainment Zone akan ditukar daripada format fizikal kepada format online sepenuhnya. Keputusan itu dibuat melalui perundingan dengan pihak penting utama dan maklum balas daripada wakil industri mengenai pelbagai faktor termasuk kekangan masa dan sumber.

“Kami memohon maaf kepada peminat yang telah menunggu untuk meraikan dan berinteraksi di luar talian antara satu sama lain dan game kegemaran mereka pada festival itu, dan mengalu-alukan mereka untuk menyertai kami untuk pengalaman online tanpa sempadan tahun ini.

Rancangan maya kami akan mempamerkan game akan datang dari Asia kepada penonton di seluruh dunia. Halaman acara STEAM kami dilancarkan tahun ini dan akan menawarkan demo dan preview game, jualan kilat dan banyak lagi untuk dinikmati semua.”

kata penganjur.

gamescom asia akan berkongsi kemas kini tentang rakan kongsi yang dijemput, program dan aktiviti festival, serta butiran lain pada tarikh akan datang. Untuk mengikuti perkembangan gamescom asia, sila layari laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GamescomGamescom Asia
Previous Post

Pelancaran Sumeru Disambut Baik! Genshin Impact 3.0 Kaut Untung Lebih RM 9 Juta di Asia Tenggara!

Next Post

Pengalaman di acara Magic the Gathering: Dominaria United — Apabila geng MtG Malaysia berkumpul!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pengalaman di acara Magic the Gathering: Dominaria United — Apabila geng MtG Malaysia berkumpul!

Pengalaman di acara Magic the Gathering: Dominaria United -- Apabila geng MtG Malaysia berkumpul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd