Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[gamescom 2021] Xbox Cloud Gaming akan datang hujung 2021, main game Xbox Series X di Xbox One!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2021
in Artikel, Berita, Pameran/Expo, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[gamescom 2021] Xbox Cloud Gaming akan datang hujung 2021, main game Xbox Series X di Xbox One!
Share on FacebookShare on Twitter

Xbox Game Pass telah lama dianggap sebagai pas musim terbaik dalam industri gaming tetapi nampaknya itu tidak cukup kerana Microsoft akan menambah Xbox Cloud Gaming untuk pelantar Xbox Series X|S dan Xbox One pada hujung 2021. Ciri dalam talian ini mempunyai lebih dari 100 permainan di “cloud”, di mana pemain dapat mencuba apa-apa permainan yang mereka mahu tanpa memerlukan kita untuk install. Ia juga membolehkan pemain untuk mencuba terus permainan multiplayer seperti Sea of Thieves sebaik sahaja menerima jemputan dari rakan, walaupun anda tidak install permainan ini di konsol Xbox.

https://www.youtube.com/watch?v=BomfVh2PSkM

Selain itu, jika anda masih menggunakan Xbox One, ciri ini membolehkan kita mencuba permainan yang hanya boleh dimainkan di Xbox Series X|S. Jika tidak berpeluang bermain judul eksklusif Gen 9 seperti The Medium dan Microsoft Flight Simulator, anda dapat mencuba permainan-permainan seperti ini di Xbox One melalui Xbox Cloud Gaming pada masa akan datang.

Setelah ciri ini aktif, kita hanya perlu tekan “Play” di halaman utama permainan untuk mula bermain. Untuk mencuba Xbox Cloud Gaming, pemain perlu melanggan Xbox Game Pass Ultimate, peranti yang sesuai, alat kawalan yang serasi, dan sambungan internet sekurang-kurangnya 10 mbps. Sekali lagi saya ingatkan, Xbox Cloud Gaming akan keluar di Xbox Series X}S dan Xbox One pada hujung tahun ini manakala ciri ini sudah tersedia untuk pengguna melalui peranti mobile, tablet, dan Windows 10 PC.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Untuk segala liputan kami tentang acara gamescom 2021, sila tekan pautan ini.

Sumber – Xbox

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamescom 2021MicrosoftXbox Cloud GamingXbox OneXbox Series SXbox Series X
Previous Post

[gamescom 2021] Dying Light 2 menampilkan parkour dan paraglider dalam gameplay baru

Next Post

[gamescom 2021] The Gunk menampilkan gameplay baru, akan keluar Disember 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[gamescom 2021] The Gunk menampilkan gameplay baru, akan keluar Disember 2021!

[gamescom 2021] The Gunk menampilkan gameplay baru, akan keluar Disember 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd