Semasa acara Gamescom Opening Night Live, pemaju Red Barrels telah mengumumkan gameplay pertama untuk The Outlast Trials. Permainan ini adalah naratif serba baru dalam francais horror survival Outlast dan berlangsung di dunia yang sama dengan entri sebelum. Yang membezakan permainan ini dengan judul-judul lama adalah ia akan memfokuskan pada mekanik coop multiplayer di mana kita boleh bermain bersama 4 pemain lain.

The Outlast Trials berlangsung era Cold War dan kita akan bermain sebagai subjek ujian yang diculik oleh Murkoff Corporation. Bagi mereka yang tidak tahu, organisasi jahat ini adalah antagonis utama untuk keseluruhan siri dan telah diperkenalkan sejak permainan pertama. Pemain akan dipenjarakan di sebuah fasiliti rahsia milik syarikat Murkoff dan objektif kita adalah untuk melepaskan diri dari kawasan tersebut. Namun, perjalanan anda akan dipenuhi dengan pelbagai cabaran yang seram. Pemain terpaksa menghadapi macam-macam jenis hukuman fizikal dan mental, sambil diseksa oleh watak-watak jahat ikonik. Apa strategi anda? Adakah anda akan cuba melepaskan diri secara keseorangan atau bergantung pada kerjasama pasukan?
Berikut adalah trailer gameplay untuk The Outlast Trials:
https://www.youtube.com/watch?v=u4sH3heNJJQ
Pengasas bersama Red Barrels, David Chateauneuf juga memberi ucapan yang pendek semasa acara:
Setelah bertahun-tahun dalam perkembangan, kami sangat gembira dapat berkolaborasi dengan Geoff Keighley dan pasukan Opening Night Live untuk mendebut trailer teaser gameplay pertama untuk The Outlast Trials. Ini adalah momen yang sangat penting bagi kami dan kami sangat bangga dapat menunjukkan kepada peminat dan komuniti sedikit ‘adegan’ gelap untuk The Outlast Trials yang bakal keluar pada tahun 2022.
David Chateauneuf
![تریلر گیم پلی بازی ترسناک The Outlast Trials [گیمزکام 2021] - زومجی](https://cdn.zoomg.ir/2021/8/the-outlast-trials-wallpaper-fullhd.jpg)
The Outlast Trials akan tersedia untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store. Malangnya, tarikh pelepasan lama pada tahun 2021 telah ditunda ke tahun 2022. Pada masa yang sama, versi konsol juga masih belum diumumkan. Harapkan yang terbaik saja lah.
Untuk segala liputan kami tentang acara gamescom 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post