Pada 13-14 Oktober 2018, di Suntec Convention Centre di Singapura, Singapura akan mengajurkan GameStart Asia, yang akan memperkenalkan pelbagai event, celebriti dan Konvensyen game yang banyak kat sana, dan sudah semestinya korang tertanya-tanya, apa event ada kat sana, siapa ada kat sana, dan apa yang dibincangkan kat sana.
Jadi, kita mulakan dengan Event, event apa ada kat sana? ada exibitors dari developer game yang akan explain dan promote game apa diorang buat. Tapi bukan tu je, ada pelbagai tournament dalam tu! Haaa, ada SEA Major untuk tournament macam Dragon Ball FighterZ, The ArcRevo, Street Fighter V, Tekken 7 dan banyak lagi yang akan ada tournament kat sana dan boleh mendapat Prize Pool USD50K!
Tournament terlibat tu sememangnya akan mendapat pehatian ramai kerana ada beberapa Pro Gamers yang terkenal ada disana seperti Daigo Umehara yang sangat terkenal dengan Street Fighter, Annex, Tokido, dan orang Singapura sendiri iaitu Tanukana dari kumpulan Esports iaitu Ho Kun Xian yang akan masuk dalam tournament tersebut dan commentator untuk sepanjang tournament itu adalah BlessRNG yang dari Australia, Tasty Steve, “Markman” dan “Sajam” dari Amerika Syarikat .
Ok, apa lagi selain event yang akan dijalankan selain tournament? Well, Ada Doujin Market iaitu Manga punya spot, Ada GameStart Cosplay Runway untuk cosplayers, Founders Base untuk indie developer yang nak promote game diorang yang bukan developer besar je boleh main tapi indie pun boleh buat sekali.
Tapi alang-alang boleh belajar sebab Gamestart Asia ada buat Masterclass dari Carlo Arellano seorang character designer untuk game dan filem seperto World of Warcraft, Ratchet and Clank, Resistance, dan God of War, seterusnya adalah Jax Jocson yang terkenal dengan Art Director dan Storytelling kat sana pada 10 dan 12 Oktober 2018 di TreeTop@*SCAPE.
Oh termasuk Secretlab Chair Race untuk sesiapa nak mengesekkan diri diorang dalam kerusi. Banyak sangat event korang boleh pergi, Tabletop untuk peminat role-play ada kat sana, Armageddon Quest dari jenama Armaggedon pun ada! So kat Gamestart Asia 2018, korang boleh pergi pelbagai event yang mana korang nak, dan jangan risau tempat makan dan beristirehat pun disedia untuk sesiapa yang nak berehat.
Ok, siapa tetamu undangan? Kita ada Yuya Tokuda dan Kaname Fujioka dari game Monster Hunter World, so untuk korang yang peminat Monster Hunter World boleh bertanyakan pelbagai soalan yang melibatkan tentang pembikinan Monster Hunter World dan apa project seterusnya, kalau ada soalan lain korang boleh ajukan kepada diorang kerana diorang adalah Co-Pengarah game tersebut, mereka akan datang pada 14 Oktober.
juga memperkenalkan, Motohiro Okubo dari game Soulcalibur VI yang akan dilancarkan tak lama lagi, Soulcalibur VI yang akan keluar platform PS4, XBox One dan PC. Korang boleh datang tengok secara berdepan untuk beramah-mesra dengan Producer game Soulcalibur VI tersebut, dia akan datang pada 13 oktober jadi korang boleh datang ke Gamestart Asia
kita juga ada Tanky dari Ghibli studios, Jesuke Cosplayer seorang Cosplayer di Singapura, Richard Suwono dari Indonesia yang kariernya sebagai Digital Artist yang terkenal dengan membuat card game iaitu YuGiOh dan King Of Fighters, Elise Zhang dari Overwatch dia buat alih suara Mei Mei dalam game itu,.
Dan yang terakhir iaitu seorang ahli gusti yang pemegang Title IWGP Heavyweight Champion, The Cleaner, The Leader of Bullet Club iaitu Kenny Omega yang seorang peminat besar dalam dunia gaming akan berada di Gamestart Asia pada 13 Oktober nanti, Omega juga akan menjadi commentator dan juga membuat sesi “Meet and Greet”!
Untuk Info lebih lanjut, Korang boleh pergi ke Website Gamestart Asia 2018.
@gamersantaimy
Discussion about this post