Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamer Santai mencari Intern untuk posisi ‘Jurnalis/Video Editor’ – Minat game? Sertai kami sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Peluang Kerjaya
0 0
0
Gamer Santai mencari Intern untuk posisi ‘Jurnalis/Video Editor’ – Minat game? Sertai kami sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat dalam dunia industri permainan video aka gaming, tetapi tidak jumpa pilihan yang sesuai untuk latihan industri? Para pelajar tidak perlu berfikir panjang kerana Gamer Santai kini membuka posisi ‘jurnalis’ dan video editor! Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai Gamer Santai sekarang sebagai jurnalis atau video editor (intern) di Digital Braves Media Group Sdn Bhd!

Apa yang kami tawarkan?

Di Gamer Santai, anda berpeluang untuk meneroka dunia gaming yang sedang mengembang setiap hari! Kelebihan yang kami tawarkan adalah untuk bekerja dalam bidang gaming daripada perspektif media termasuk melaporkan berita harian mengenai dunia gaming dan animasi tempatan dan luar negara, serta membuat liputan untuk acara-acara berkaitan teknologi dan ACG (Animation, Comics, dan Games).

Selain tugasan yang saya sebutkan tadi, kedua-dua positi melibatkan pelajar menulis atau membuat ulasan bagi game terbaharu. Ini juga peluang anda untuk mencuba game AAA yang baru sahaja dilancarkan! Pada masa yang sama, kita juga memberi peluang untuk para intern menemu ramah tokoh-tokoh besar dalam industri tempatan game dan komik Malaysia.

Boleh bermain game sambil bekerja!

Ada idea kreatif untuk menghasilkan content? Salur semua idea itu, dan jadikannya menarik mungkin! Bukan kami sahaja yang akan tersenyum, semua orang akan suka hasil anda jika tepati cita rasa mereka!

Berikut adalah gambaran keseluruhan dan cara-cara untuk sertai:

Jurnalis (Intern)

Kelebihan

  • Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
  • Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.

Keperluan

  • Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
  • Kemahiran menulis dan komunikasi yang sangat baik, dengan penguasaan Bahasa Malaysia.
  • Memiliki kemahiran umum dalam grafik.
  • Mampu menahan stres kerja
  • Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat

Deskripsi kerja

  • Keupayaan menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk menulis kandungan.
  • Melakukan penyelidikan untuk berita menarik dan penting.
  • Berhubungan dengan wartawan, editor, video editor.
  • Mengikuti perkembangan berita terkini melalui media sosial, dll.
  • Mampu membuat kandungan dalam jangka masa yang diberikan.

Cara-cara menghantar permohonan?

  • Sila hantarkan resume dan satu (1) artikel berkaitan apa-apa game di atas 1,000 perkataan, sila masukkan gambar dan tajuk untuk menjadikan artikel lebih menarik.
  • Untuk permohonan Internship, sila sertakan surat pengesahan Universiti/Kolej.
  • Jenis fail diterima: PDF atau Word.
  • Muat naik fail yang kecil daripada 5MB. Sekiranya portfolio terlalu besar, muat naik di laman web luar seperti Google Drive dan berikan link di dalam ‘Surat Permohonan Latihan Praktikal’ anda.
  • Hantar emel kepada [email protected]

Video Editor (Intern)

Kelebihan

  • Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
  • Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.

Keperluan

  • Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
  • Perlu mempunyai kepakaran videografi dan fotografi
  • Mampu menahan stres kerja
  • Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat
  • Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dan bagus dalam Bahasa Melayu

Deskripsi pekerjaan

  • Menghasilkan video ‘content’ untuk gaming, anime, dan teknologi bagi menarik peminat
  • Menangkap gambar produk
  • Menjana idea ‘content’ bersama rakan sepasukan
  • Bantu mengurus dan mengembangkan halaman video dan sosial media Gamer Santai

Cara-cara menghantar permohonan?

  • Sila hantarkan resume, portfolio dan satu (1) atau lebih sampel video yang anda pernah buat.
  • Jika fail besar, beri link melalui emel dalam ‘Surat Permohonan Latihan Praktikal’ anda.
  • Untuk permohonan Internship, sila sertakan surat pengesahan Universiti/Kolej.
  • Hantar emel kepada [email protected]

Bagi mereka yang berminat dalam game, animasi dan teknologi, inilah peluang anda untuk menyertai kami di Gamer Santai sebagai jurnalis atau video editor (intern). Jika tidak faham, anda dialu-alukan untuk mesej kami di mana-mana halaman media sosial GS di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamer SantaiInternJawatan Kosong
Previous Post

DLC Baru DRAGON BALL XENOVERSE 2 “Hero of Justice Pack 2” Kini Tersedia!

Next Post

Pasukan Valorant Singapura berkongsi pingat emas bersama Indonesia selepas didakwa menggunakan bug dalam Sukan SEA 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pasukan Valorant Singapura berkongsi pingat emas bersama Indonesia selepas didakwa menggunakan bug dalam Sukan SEA 2023

Pasukan Valorant Singapura berkongsi pingat emas bersama Indonesia selepas didakwa menggunakan bug dalam Sukan SEA 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd