Jika sebelum ini Aniplex telah mendedahkan gameplay Tanjiro Kamado dan Nezuko Kamado untuk permainan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan – kali ini mereka sekali lagi mendedahkan dua trailer terbaru gameplay dari dua watak terkenal dari siri anime/manga terkenal ini!
Perkongsian dari Gematsu, Penerbit Aniplex dan pengembang CyberConnect2 telah merilis rakaman gameplay dan tangkapan skrin baru untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan- dimana mereka telah memperkenalkan watak Zenitsu Agatsuma dan Inosuke Hashibira, yang dapat dimainkan dalam “Versus Mode” permainan.
Hinokami Kepputan adalah permainan pertempuran aksi orang ketiga, yang memungkinkan hingga 2 pemain untuk bertarung di medan perang.
Dalam gameplay ini, kami juga dapat melihat sistem pertempuran, abiliti untuk watak sedia ada, dan UI keseluruhan permainan dimana Zenitsu tertidur dalam keadaan ketakutan yang melampau, membiarkannya bertarung dengan “Thunder Breathing” seolah-olah dia orang yang sama sekali berbeza, sementara Insokuke bergegas berperang dengan “Beast Breathing.”
Jom lihat trailer mereka di bawah ini:
Visual watak berikut untuk Zenitsu dan Inosuke dibuat oleh CyberConnect2 berdasarkan model 3D dalam permainan mereka turut telah dikongsikan, anda boleh lihat dibawah ini;
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan – akan hadir untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam pada tahun 2021 di Jepun. Sekiranya anda terlepas mengenai permainan ini lebih awal, tonton tujuh minit permainan Versus Mode di sini dan ketahui segala mengenai permainan akan datang ini di sini.
Sumber: Aniplex Japan; Gematsu

@gamersantaimy
Discussion about this post