Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Way of the Hunter didedahkan oleh THQ Nordic, memang realistik habis

safwan by safwan
July 20, 2022
in Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Online, Multiplayer, PS5, Shooter, Simulator, Single Player, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Gameplay Way of the Hunter didedahkan oleh THQ Nordic, memang realistik habis
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memperkenalkan 2 peta dan 3 senjata yang akan ditampilkan dalam Way of the Hunter, THQ Nordic akhirnya mengeluarkan video gameplay buat kali pertama. Dibangunkan oleh Nine Rocks Games, ia akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Dengan mengeluarkan video gameplay buat kali pertama, kita dapat lihat dengan lebih mendalam bagaimana game ini dimainkan. Bukan itu sahaja, kita juga nampak yang mereka menggunakan pendekatan grafik realistik supaya nampak hampir sama dengan dunia sebenar.

Dalam game ini, sudah pasti kita akan bermain sebagai seorang pemburu. Melalui game ini, kita akan dapat pengalaman bagaimana seorang pemburu hidup bukan sahaja di hutan malah di rumah juga.

Untuk bergerak ke hutan, pemain boleh menggunakan kereta. Dengan kereta, anda boleh bergerak dengan bebas untuk mencari haiwan liar. Mereka juga memberikan anda kelebihan untuk mengesan haiwan dengan menggunakan “Hunter Sense.”

Dengan menggunakan “Hunter Sense”, pemain boleh “analyze” jejak haiwan untuk mendapatkan analisis tentang haiwan tersebut. Bukan setakat itu sahaja, dengan menggunakan kelebihan ini, anda juga boleh mengesan bunyi haiwan liar dan mendapat analisis tentang bunyi tersebut.

Selain itu, mereka juga menunjukkan core gameplay di mana pemain boleh menggunakan senjata rifle untuk memburu haiwan liar. Semasa anda menggunakan senjata rifle, anda boleh “zoom scope” sehingga x15 untuk mendapatkan sasaran yang tepat.

Sudah pasti haiwan yang anda tembak akan lari. Walaupun begitu, anda boleh jejak darah haiwan tersebut dengan menggunakan “Hunter Sense” untuk mengetahui di mana haiwan itu mati. Anda boleh “Claim” haiwan tersebut dan dapatkan analisis penuh.

Selepas “claim” haiwan tadi, anda boleh melihat secara terperinci di bahagian “Bullet Camera” termasuk senjata yang digunakan, jarak dan juga damage yang diterima oleh haiwan tersebut.

Setakat ini, itu sahaja maklumat yang didedahkan melalui video gameplay trailer pertama Way of the Hunter. Saya ingin mengingatkan anda bahawa Way of the Hunter akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Pre-Order Sekarang!
Way of the Hunter
Release Date: 2022-08-17
Epic Games Store, GOG, Microsoft Windows, PlayStation 5, Steam, Xbox Series X|S
Way of the Hunter adalah game memburu haiwan dengan grafik yang berkualiti tinggi dan realistik. Ia akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: THQ NordicWay of the Hunter
Previous Post

Viral! Pengantin wanita ditemani kadbod Genshin Impact di atas pelamin!

Next Post

[Review] HyperX Cloud Core Wireless – Headset kecil sesuai untuk gamer baru dan kasual!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun
Berita

Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun

June 3, 2025
Next Post
[Review] HyperX Cloud Core Wireless – Headset kecil sesuai untuk gamer baru dan kasual!

[Review] HyperX Cloud Core Wireless - Headset kecil sesuai untuk gamer baru dan kasual!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd