Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play FEB 21] Gameplay terkini Knockout City menampilkan aksi sukan berapi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[State of Play FEB 21] Gameplay terkini Knockout City menampilkan aksi sukan berapi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dikembangkan oleh Velan Studios dan diterbitkan oleh EA, Knockout City pertama kali diperkenalkan pada minggu lepas semasa Nintendo’s Direct. Hari ini, ia menerima trailer baru di acara State of Play yang memberi maklumat lebih mendalam tentang beberapa elemen yang kita lihat di trailer pertama.

Trailer pertama untuk Knockout City menunjuk konsep keseluruhan untuk permainan. Secara kasar, ia adalah permainan “dodgeball” di mana beberapa watak-watak berlari di sekitar persekitaran bandar sambil cuba menyerang satu sama lain. Jika saya ingin ringkaskan, ia boleh digambarkan sebagai game battle royale, seperti PUBG atau CoD: Warzone, tetapi memaparkan sistem pertempuran dodgeball.

Trailer yang ditunjukkan di acara State of Play menjelaskan dengan tepat jenis mod apa yang kita boleh cuba iaitu Face Off dan Team KO. Untuk Face Off, pemain akan bersaing antara satu sama lain dalam persekitaran yang semakin mengecil, ala-ala seperti game battle royale lain.

Untuk mod Team KO, pemain akan disertai oleh dua pemain lain untuk bertarung dengan pasukan lain. Sekiranya pemain tidak memiliki bola, salah satu rakan sepasukan boleh menjadi bola, lalu membolehkan abiliti “ultimate throw“, yang mampu melakukan impak besar di mana sahaja mereka mendarat demi menyerang pihak lawan dalam radius.

Trailer ini juga menjelaskan bahawa setiap peta mempunyai elemen tersendiri. Peta yang ditunjukkan dalam trailer adalah Back Alley Brawl, dan ia mempunyai dua ciri unik yang boleh mengubah fungsi dinamik pertarungan. Pertama sekali kita boleh lihat adalah kehadiran paip yang serupa dengan paip dalam game Super Mario, yang dapat digunakan oleh pemain untuk melintasi peta dengan cepat. Kedua adalah sejenis bola istimewa yang bernama “sniper ball“. Seperti namanya, ia membolehkan pemain menyerang pihak lawan dari jarak jauh.

Knockout City akan keluar pada 21 Mei 2021 untuk PC, PS4, Switch, dan Xbox One, dengan sokongan backward compatibility untuk PS5 dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.

Pra-daftar di sini
Knockout City
Release Date: 2021-05-21
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Bekerjasama dan berjaya dengan Crews saingan di Knockout City ™, di mana EPIC DODGEBALL BATTLES menyelesaikan skor dalam pertandingan berbilang pemain berdasarkan pasukan. Lempar, tangkap, lulus, mengelak, dan mengatasi jalan anda untuk menguasai bola!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dodgeballKnockout Cityps5state of playXbox Series X
Previous Post

Square Enix menghasilkan filem menarik yang dipertingkatkan untuk “NieR Replicant ver.1.22474487139…”

Next Post

Secara rasmi, BRAVELY DEFAULT II kini dilancarkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Secara rasmi, BRAVELY DEFAULT II kini dilancarkan!

Secara rasmi, BRAVELY DEFAULT II kini dilancarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd