Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay pertama Alan Wake 2 dikeluarkan, Fokus pada Saga Anderson [SGF 23]

safwan by safwan
June 9, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Gameplay pertama Alan Wake 2 dikeluarkan, Fokus pada Saga Anderson [SGF 23]

Kredit: Remedy Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Pagi tadi telah berlangsungnya Summer Game Fest 2023 dan Remedy Entertainment telah mengeluarkan footage gameplay pertama untuk Alan Wake 2 yang memperlihatkan Saga Anderson sedang menyiasat kes misteri di Pacific Northwest.

Alan Wake 2 akan dilancarkan pada 17 Oktober 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Epic Games Store. Anda boleh lihat gameplay tersebut di bawah:

Di dalam trailer Alan Wake 2, anda akan lihat Saga Anderson sedang menjalankan tugasnya untuk mencari beberapa petunjuk bagi menyelesaikan kes yang dikendalikan. Tetapi semasa dalam pencarian tersebut, dia bertembung dengan satu entiti yang memakai topeng rusa dan berbadan sasa.

Dia dapat mengalahkan entiti tersebut dan berjumpa beberapa petunjuk untuk kes tersebut. Apapun, adegan yang diberikan itu nampak sangat suram dan sudah pasti agak menakutkan.

Tentang Alan Wake 2

Alan Wake 2 ialah game seram single-player psikologi dan sekuel kepada game asal pada 2010, Alan Wake. Sekuel ini dibina dari bawah untuk menjadi pengalaman sebenar generasi akan datang di pelbagai platform dengan visual terperinci yang menakjubkan yang menghidupkan cerita, aksi dan persekitaran melalui enjin Northlight Remedy.

Rentetan pembunuhan ritual mengancam Bright Falls, sebuah komuniti bandar kecil yang dikelilingi oleh hutan belantara Barat Laut Pasifik.

Sumber: Remedy Entertainment

Anderson, ejen FBI yang terkenal dengan reputasi untuk menyelesaikan kes yang mustahil, tiba untuk menyiasat pembunuhan itu. Tidak lama kemudian peristiwa itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia menemui halaman cerita seram yang mula menjadi kenyataan di sekelilingnya. Entah bagaimana peristiwa itu seolah-olah membawa kepada Alan Wake, penulis seram yang hilang 13 tahun lalu.

Sumber: Remedy Entertainment

Alan Wake, seorang penulis yang hilang terperangkap dalam mimpi ngeri di luar dunia kita, menulis sebuah cerita dalam usaha untuk membentuk realiti di sekelilingnya dan melarikan diri dari penjaranya. Dengan seram gelap memburunya di Dark Place, Wake cuba mengekalkan kewarasannya dan mengalahkan syaitan dalam permainannya sendiri.

Anderson dan Wake adalah dua wira dalam dua perjalanan dalam dua realiti yang berasingan, berhubung dengan cara yang tidak difahami mereka: mencerminkan satu sama lain, bergema antara satu sama lain dan mempengaruhi dunia sekeliling mereka.

Sumber: Remedy Entertainment

Selain itu, mereka juga telah membuka pra-tempah dan terdapat 2 versi yang akan dikeluarkan oleh mereka seperti berikut:

  • Standard Edition
    • Salinan game
  • Deluxe Edition
    • Salinan game
    • Expansion Pass (Night Springs Expansion & Lake House Expansion)
    • Nordic shotgun skin untuk Saga
    • Parliament shotgun skin untuk Alan
    • Crimson windbreaker untuk Saga
    • Celebrity suit untuk Alan
    • Lantern charm untuk Saga
Sumber: Remedy Entertainment

Kalau anda pra-tempah Alan Wake 2, anda boleh mendapatkan bonus tambahan untuk digunakan. Bonus tersebut adalah:

  • Ornate Revolver Skin untuk Alan
  • Survival Resources Pack untuk Saga
Sumber: Remedy Entertainment

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Alan Wake 2 akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Epic Games Store pada 17 Ogos 2023.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alan WakeAlan Wake 2Saga Anderson
ShareTweetSend
Previous Post

Palworld akan lancar di PC pada Januari 2024, game ala Pokemon tapi lagi gengster [SGF 2023]

Next Post

Human Fall Flat 2 diumumkan, keseronokan berganda di PC

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Human Fall Flat 2 diumumkan, keseronokan berganda di PC

Human Fall Flat 2 diumumkan, keseronokan berganda di PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd