Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Xbox GS] Gameplay Halo Infinite didedahkan untuk Xbox Series X! Fitur baru, mekanik baru, semua baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2020
in Artikel, Berita, Livestream, PC, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Xbox GS] Gameplay Halo Infinite didedahkan untuk Xbox Series X! Fitur baru, mekanik baru, semua baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft akhirnya memberi kita pandangan yang lebih baik untuk Halo Infinite hari ini. Setelah mengusik beberapa gameplay pendek Halo Infinite selama beberapa minggu lepas, peminat mendapat pandangan pertama kempen Halo Infinite, pada 60fps di Xbox Series X. Dibangunkan oleh 343 Industries, Halo Infinite adalah “spiritual reboot” kepada Halo, yang direka supaya pemain baru dapat memahami jalan cerita francais.

Persekitaran dunia kelihatan seperti Halo: Combat Evolved, dan gameplay berdurasi 8 minit itu menunjukkan kenderaan dan musuh Banished. Gameplay juga menampilkan mekanik baru seperti grappling hook baru Master Chief dan fitur “Drop Wall“. Halo Infinite mempunyai banyak senjata, dan kebanyakannya didemonstrasikan dalam video di atas.

“Peralatan baru ini, bersama dengan pelbagai senjata canggih, memberi lebih banyak kebebasan dan fleksibiliti bagi pemain untuk mempamerkan gaya permainan mereka sendiri. Penambahan baru ini juga akan dibawa ke multiplayer, tetapi akan berfungsi dengan sedikit berbeza sebagai peralatan yang harus dikutip dalam peta. Kami berharap dapat membincangkan lebih lanjut mengenai butiran multiplayer dalam masa terdekat.” -343 Industries.

Nampaknya banyak lagi maklumat yang kita tidak tahu tentang kempen dan dunia Halo Infinite, kerana ini hanyalah gambaran awal. Anda boleh lihat trailer cinematic di atas untuk kenali kisah Halo Infinite yang bakal dilancarkan di Xbox One, PC, dan Xbox Series X pada Cuti 2020. Untuk baca segala liputan tentang Xbox Games Showcase, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayHaloHalo InfiniteXbox Games ShowcaseXbox Series X
Previous Post

[Xbox GS] Balan Wonderworld Diumumkan untuk Xbox One, Xbox Series X, PS4, PS5, Switch & PC

Next Post

[Xbox GS] Exomecha membawa pertempuran mecha free-to-play untuk Xbox & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Xbox GS] Exomecha membawa pertempuran mecha free-to-play untuk Xbox & PC

[Xbox GS] Exomecha membawa pertempuran mecha free-to-play untuk Xbox & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd