Sebentar tadi baru sahaja berlansung live stream Bandai Namco Entertainment #BNEFunLive yang menampilkan ciri dalam permainan terbaru akan datang Captain Tsubasa: Rise of New Champion. Perkongsian melalui Producer permainan ini iaitu Tsuzuki Katsuaki telah menunjukkan beberapa gameplay awal permainan, grafik, penceritaan serta tetapan Character Edit.
Captain Tsubasa menampilkan konsep, grafik dan aksi yang sangat menarik walaupun bergaya anime. Hampir sedekat, ini juga merupakan acara pertama IP di PS4 dan Nintendo Switch. Dengan memberi gaya anime, ia masih memberi perincian yang sangat menarik. Juga keunikan aksi pada setiap perlawanan bola sepak dengan terdapat skil, penggerakan, serangan dan pertahanan didalam permainan, memberi rasa ibarat berada di padang bola sebenar.
Beralih pula pada perlawanan, dimana pada awal kita boleh memilih akademi pilihan untuk perlawanan bola sepak tersebut. Kemudian kita juga dapat memilih barisan permulaan untuk pasukan kita dan setiap akademi ada bintang pemain tersendiri. Kemudian dimulakan permainan dengan intro masuk padang dan kemudian mulalah beraksi di padang menggunakan sistem yang disediakan dengan gaya yang hebat.
Jangan terlupa engan drama-drama di akademi, menampilkan animasi anime dengan gaya ibarat masa nyata, memang penceritaan yang terselit tidak membosankan.
Tidak terlupa, anda boleh kustom watak anda sendiri! Tidak kiralah ana memerlukan watak yang kurus, atau sado atau berbadan serdehana, rambut, kulit kesemuanya boleh dikustom untuk mencipta watak kegemaran anda sendiri!
Lebih menarik, anda kini bole Pre-order permainan dan dapatkan pelbagai barangan eksklusif dan ganjaran dalam permainan mengikut edisi yang dipilih!
Hero Edition
Edisi ini hanya boleh didapati melalui store rasmi Bandai Namco Entertainment. Anda akan mendapat jersi edisi terhad permainan ini serta salinan permainan. Harganya adalah £69.99 (anggaran RM375).
Standard Edition
Edisi Standard turut tersedia pada semua platform kepada peminat yang lebih mahukan versi fizikalnya. Boleh didapati dalam harga RM209 untuk PS4 dan RM229 untuk Switch.
Collector’s Edition
Collector’s Edition ini merangkumi:
- Figurine: exclusive master stars piece (28cm) – Tsubasa Ozora All Japan Youth
- Artboard (285×310 mm)
- Salinan permainan
- Character pass: 9 DLC players
- Season pass bonus: new champions uniform set
- Deluxe edition bonus: V Jump collaboration uniform set
- 4 rainbow lamination collectibles cards
- Steelbook
- Embroidered badges
- Collector’s box
Legends Edition
Legends Edition ini merangkumi:
- Fully customised football table – Rene Pierre
- Customised football jersey
- Artboard (285×310 mm)
- Salinan permainan
- Character pass: 9 DLC players
- Season pass bonus: new champions uniform set
- Deluxe edition bonus: V Jump collaboration uniform set
- 4 rainbow lamination collectibles cards
- Figurine: exclusive master stars piece (28cm) – Tsubasa Ozora All Japan Youth
- Steelbook
- Embroidered badges
- Collector’s box
- Hanya boleh didapati di Store BNE
Champions Edition
Champions Edition ini merangkumi:
- Customised Football Jersey
- Artboard (285X310 mm)
- The Game
- Character Pass: 9 DLC Players
- Season Pass Bonus: New Champions Uniform Set
- Deluxe Edition Bonus: V Jump Collaboraiton Uniform Set
- 4 Rainbow Lamination Collectibles Cards
- Figurine: Exclusive Master Stars Piece (28CM) – Tsubasa Ozora All Japan Youth
- Steelbook
- Embroidered Badges
- Collector’s Box
Semuanya gempak-gempak kan? Captain Tsubasa: Rise of New Champions menuju ke PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC melalui STEAM pada 28 Ogos 2020.

@gamersantaimy
Discussion about this post