Dengan kerjasama Paramount Consumer Products, Crystal Dynamics Eidos Entertainment telah mengumumkan yang mereka telah membuka pra-pendaftaran Avatar Generations di seluruh dunia. Game ini bakal tiba di Android dan iOS pada awal tahun 2023.

Avatar Generations membawa genre RPG dan turn based dengan mengisahkan kembali perjalanan Aang dan rakan-rakannya semasa mereka meneroka Four Nation. Semua adegan terbaik daripada siri tersebut akan ditemui dan ada juga yang menceritakan kandungan baharu dan asli yang memperkembangkan cerita di Four Nation.

Di dalam game ini, anda boleh mengumpul seberapa banyak watak, menaik taraf dan ubah suai mereka demi membantu mereka menguasai elemen. Setiap watak mempunyai skill tersendiri dan pemain boleh level up skill mereka. Anda juga boleh membawa watak sokongan untuk membantu semasa perlawanan termasuk Appa dan Momo.

Untuk makluman semua, Avatar Generations kini sedang membuka pra-pendaftaran di Android dan juga iOS. Sesiapa yang berminat untuk bermain game ini, korang boleh daftar DI SINI. Bagi yang telah mendaftar, anda akan diberikan ganjaran termasuk watak eksklusif Avatar Aang dan Appa.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Avatar: The Last Airbender, ia menceritakan tentang pengembaraan Aang dan rakan-rakannya untuk mengalahkan Fire Lord Ozai dan menamatkan Hundred-Year War bagi memulihkan keseimbangan kepada Four Nation. Siri ini mengandungi sebanyak 61 episod dan mula ditayangkan pada Februari 2005 sehingga Julai 2008.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Avatar Generations sedang membuka pra-pendaftaran dan akan dilancarkan pada awal tahun 2023 di iOS dan Android. Sesiapa yang berminat untuk bermain game ini, korang boleh daftar DI SINI.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post