Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Atomic Heart Dipamerkan Secara Eksklusif Oleh 4Divinity Dan Mundfish di Singapura!

Maira by Maira
January 12, 2023
in Acara, Action, Artikel, Berita, Game, Game Baru, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Gameplay Atomic Heart Dipamerkan Secara Eksklusif Oleh 4Divinity Dan Mundfish di Singapura!
Share on FacebookShare on Twitter

4Divinity Pte Ltd dengan kerjasama pembangun game Mundfish telah mempamerkan game terbaru, Atomic Heart kepada media serantau terpilih dan pencipta kandungan pada acara eksklusif di Reality Rift Clarke Quay, Singapura.

Setiap tetamu yang hadir dapat bermain demo game selama 2 jam, memberikan mereka pengalaman daripada pelbagai aspek dan level yang berbeza dalam Atomic Heart. 4Divinity sedang menerbitkan versi fizikal dan digital Atomic Heart untuk Steam, PS5 dan PS4 di Asia.

Tentang Atomic Heart

Atomic Heart ialah game aksi first-person RPG yang berlaku dalam dunia alternatif selepas Perang Dunia II. Masuk ke dunia ajaib di mana manusia dan ciptaan AI hidup dalam harmoni… atau begitulah nampak. Teroka dunia sci-fi yang dipenuhi robot, mesin gergasi dan juga mutant. Sesuaikan gaya pertarungan anda kepada setiap lawan, gunakan persekitaran anda dan tingkatkan peralatan anda untuk menguasai pengalaman pertempuran yang mendalam dan menakjubkan.

Sinopsis:

Kegagalan sistem global telah berlaku di Fasiliti Soviet №3826 yang menyebabkan mesin memberontak terhadap manusia. Anda ialah Major P-3 dan tugas anda adalah untuk menghapuskan kemalangan berskala besar ini dan mencegah kebocoran maklumat sulit yang mengancam untuk memusnahkan seluruh dunia. Hanya anda yang boleh menghalang mereka dan membongkarkan apa yang ada di sebalik dunia yang ideal.

Lihat tingkah laku musuh dan perhatikan bagaimana mereka berkait antara satu sama lain. Gunakan pelbagai senjata dan kebolehan sarung tangan polimer anda. Jadikan segala benda di persekitaran anda sebagai senjata. Setiap pertarungan akan berbeza dari yang lepas!

Terokai fasiliti penyelidikan dan tapak ujian yang besar. Ketahui lebih lanjut tentang pekerja dan cara hidup dan kerja mereka serta membongkar rahsia Soviet!

Rangkaian neural bernama “Kollektiv” menyatukan robot menjadi satu minda. Jika anda diperhatikan dari atas atau di bawah tanah, bantuan dari kilang terdekat akan datang untuk membunuh anda. Gunakan penggodaman untuk memecah masuk tanpa disedari.

Di seluruh Asia, Atomic Heart akan dikeluarkan pada Windows PC pada 21 Februari 2023. Untuk platform PlayStation®, versi digital dan fizikal juga akan dikeluarkan pada hari yang sama di Asia Tenggara dan China.

Apabila bercakap tentang pra-pesanan untuk PC, pemain sudah boleh membuat pra-pesanan game di Steam, yang akan datang dengan Bonus Pra-pesanan yang terdiri daripada skin senjata eksklusif, dalam “Labour & Science Weapon Skin Pack”. Ini ialah harga semasa Steam untuk versi PC Windows Atomic Heart:

  • Standard Edition: RM 189
  • Gold Edition: RM 269
  • Premium Edition: RM 299

PlayStation® Store di Asia (kecuali Jepun dan Korea Selatan), pemain boleh menambahkan game ke wishlist sekarang dan mula pra-pesanan pada 16 Januari 2023. Pemain juga akan menerima Labour & Science Weapon Skin Pack sebagai bonus.

Berikut adalah harga game versi digital untuk tiga edisi tersedia:

  • Standard Edition: RM 299
    • Salinan base game
  • Gold Edition: RM 419
    • Salinan base game
    • Atomic Pass
  • Premium Edition: RM 459
    • Kandungan Gold Edition
    • Artbook digital
    • Skin senjata premium

Atomic Pass mengandungi empat DLC tambahan, memberikan akses kepada kawasan baru, makmal baru berserta senjata, musuh, boss dan banyak lagi.

Untuk versi fizikal, terdapat dua edisi yang tersedia. Berikut adalah info lengkap untuk versi fizikal Atomic Heart PS4 dan PS5:

  • PS4 Standard Edition: RM 319
    • Salinan base game
    • Labour & Science Weapon Skin Pack
  • PS5 Standard Edition: RM 319
    • Salinan base game
    • Labour & Science Weapon Skin Pack
  • Limited Edition (PS4/ PS5): RM 489
    • Salinan base game
    • Atomic Pass
    • Skin senjata premium
    • Steelbook case eksklusif
    • Artbook
    • Set pelekat premium
    • Kotak edisi terhad
Atomic Heart Limited Edition

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan kemas kini terbaru Atomic Heart. Untuk liputan lain mengenai game, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 4Divinityatomic heartHands-on Previewmundfish
Previous Post

Unboxing – Mari usya One Piece Odyssey Collector’s Edition!

Next Post

Network Test Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 bakal tiba di Steam pada 17 Januari ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Network Test Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 bakal tiba di Steam pada 17 Januari ini!

Network Test Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 bakal tiba di Steam pada 17 Januari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd