Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Ubisoft kini kembali ke Steam – Assassin’s Creed Valhalla & Roller Champions

safwan by safwan
November 22, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, Real time strategy, Simulator, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Game Ubisoft kini kembali ke Steam – Assassin’s Creed Valhalla & Roller Champions
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft umumkan yang mereka akan membawa game terkenal mereka termasuk Assassin’s Creed Valhalla, Anno 1800 dan Roller Champions ke dalam Steam. Setelah sekian lama kita tidak melihat game Ubisoft berada di Steam, kini mereka kembali dengan 3 game tersebut dan akan tersedia bermula 6 Disember 2022.

Menurut Eurogamer, Ubisoft mengatakan bahawa “Kami sentiasa menilai cara untuk membawa game kami kepada khalayak berbeza di mana sahaja mereka berada, sambil menyediakan ekosistem pemain yang konsisten melalui Ubisoft Connect. Assassin’s Creed Valhalla, Anno 1800 dan Roller Champions adalah antara game Ubisoft yang akan dikeluarkan di Steam.”

Memandangkan Assassin’s Creed Valhalla pernah dilancarkan di PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Connect pada 2020, ini merupakan kali pertama kita melihat game ini dibawa masuk ke Steam bersama 2 game lain. Buat masa sekarang, mereka hanya membawa 3 game ini terlebih dahulu dan besar kemungkinan akan membawa lebih banyak game pada masa akan datang.

Assassin’s Creed Valhalla

Anda akan bermain sebagai Eivor, iaitu pejuang Viking legenda yang dibawa dari Norway kerana perang yang tidak berkesudahan dan kekurangan sumber pada abad kesembilan Masihi.

Pemain dapat menghidupkan kembali gaya tempur kejam dari pejuang Viking dengan sistem combat dual-wielding dan merasai ciri gameplay baru seperti raid, assault dan settlement. Keputusan pertempuran dan pilihan dialog dapat mempengaruhi dunia game ini, jadi pemain harus memilih dengan bijak untuk melindungi rumah clan dan masa depan mereka.

Anno 1800

Selamat datang ke abad ke-19, masa perindustrian, diplomasi dan penemuan. Kaya dengan inovasi teknologi, konspirasi dan kesetiaan yang berubah-ubah. Era ini menyajikan tetapan yang sempurna untuk game Anno klasik.

Anno 1800 memberikan pemain peluang yang luas untuk membuktikan kemahiran mereka sebagai penguasa semasa mereka mencipta kota besar, merancang rangkaian logistik yang cekap, menyelesaikan benua baharu yang eksotik, menghantar ekspedisi ke seluruh dunia, dan menguasai lawan mereka melalui diplomasi, perdagangan atau peperangan.

Roller Champions

Ia merupakan game percuma yang bertemakan sukan PvP berpasukan. Pemain perlu bersaing antara satu sama lain dalam pasukan bertiga. Untuk menang game ini senang je. Korang perlu mencapai lima mata dengan membuat pusingan “arena” dan membaling bola melalui gelung. Rakan sepasukan mesti bekerjasama, mengelak dan tackle dengan cekap untuk mengekalkan penguasaan bola serta mengawal rentak game.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa game Ubisoft seperti Assassin’s Creed Valhalla, Anno 1800 dan juga Roller Champions akan tersedia di Steam pada 6 Disember 2022.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Anno 1800Assassin's Creed ValhallaRoller ChampionsUbisoft Steam
Previous Post

Bandai Namco Mengadakan “GYAAR Studio Indie Game Contest” Pertama! Akan Bermula Disember Ini!

Next Post

Steam Autumn Sale diumumkan, bakal menawarkan diskaun bermula 22 November

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Steam Autumn Sale diumumkan, bakal menawarkan diskaun bermula 22 November

Steam Autumn Sale diumumkan, bakal menawarkan diskaun bermula 22 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd