Francais The Lord of the Rings sememangnya sebuah francais yang popular tidak kiralah buku mahupun filem. Terdapat juga beberapa game yang telah dihasilkan untuk francais tersebut, antaranya The Lord of the Rings: Gollum yang telah dilancarkan pada minggu ini. Dibangunkan oleh Daedalic Entertainment, game tersebut nampaknya telah mengecewakan ramai pemain dan kini menjadi game paling teruk diulas pada tahun 2023. Jom kita lihat apa yang terjadi sebenarnya.
Selalu kalau kita mahu membeli game, sudah pasti ada yang menanti review atau ulasan daripada media-media gaming untuk melihat prestasi sesuatu game. Sebaik sahaja review untuk The Lord of the Rings: Gollum dikeluarkan, hampir semua media memberikan markah yang begitu rendah untuk game tersebut.
Melalui laman web Metacritic, versi PS5 untuk game tersebut telah mendapat skor sebanyak 40 manakala versi PC pula sebanyak 43. Kalau anda pergi ke halaman Steam, ia turut mendapat banyak review negatif daripada pemain sehingga mendapat “Mostly Negative” pada bahagian review. Memang rendah betul skor yang diberikan.

Melihat daripada review ang diberikan oleh pemain, ramai yang mengatakan game ini seperti “menyeksa” mereka malah ia penuh dengan bug dan tidak dioptimumkan untuk PC. Bukan setakat itu sahaja, grafiknya juga tidaklah seperti yang disangka. Ramai yang membandingkannya dengan versi Alpha yang didedahkan beberapa bulan yang lalu. Anda boleh lihat gambar di bawah sebagai rujukan.

Memandangkan game ini telah ditunda berkali-kali, kami faham mengapa ramai yang kecewa melihat produk akhir yang tidak memuaskan hati. Ramai juga pemain yang meminta kembali wang mereka selepas melihat prestasi game yang penuh dengan isu. Deadalic Entertainment juga telah mula mengambil perhatian kepada keluhan pemain dan menyatakan bahawa mereka akan melepaskan patch pada masa akan datang.
Apa pendapat anda mengenainya? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post