Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Terminator baru dalam pembikinan, bertema ‘open-world survival’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2022
in Artikel, Berita, Open World, PC, Survival
0 0
0
Game Terminator baru dalam pembikinan, bertema ‘open-world survival’
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Terminator telah menghasilkan pelbagai game selepas bertahun-tahun dalam industri hiburan. Ada yang negatif, ada yang bagus, tetapi tiada satu yang benar-benar menyerlah. Walau bagaimanapun, kami mendapat berita bahawa sebuah game Terminator baru sedang dalam pembikinan dengan tema survival!

Secara lebih khusus lagi, penerbit Nacon dan pembangun Nacon Studio Milan telah mengumumkan game ‘open-world survival’ baru yang berlangsung dalam dunia Terminator. Menurut info, game ini berlangsung sebelum peristiwa “Judgment Day” dan akan menampilkan cerita original yang mengembangkan kisah daripada filem.

Buat masa ini, saya tidak tahu sama ada watak-watak daripada filem akan muncul, tetapi kemungkinan besar, beberapa kameo ikonik akan disertakan.

Dalam trailer, satu watak ikonik telah didedahkan di mana kita dapat melihat robot T-800 memburu seseorang melalui beberapa gudang. Trailer ini hanyalah sinematik dan malangnya, gameplay umum tidak ditunjukkan, tetapi Nacon menyakinkan kita bahawa ini pasti adalah game yang fokus pada tema ‘survival’.

Buat masa ini, Nacon tidak mengumumkan tarikh keluaran untuk game Terminator tersebut. Memandangkan ia belum lagi mempunyai tajuk rasmi, ramai setuju bahawa game ini masih dalam fasa awal – jadi lewat lagi sebelum kita dapat mencuba. Sekurang-kurangnya, mereka mengesahkan bahawa game ini akan dikeluarkan di PC dan konsol.

Jika korang tidak tahu tentang Terminator, ia adalah francais media yang dicipta oleh James Cameron dan Gale Anne Hurd. Francais itu merangkumi siri filem aksi fiksyen sains, komik, novel dan media tambahan, dan mengisahkan tentang peperangan antara Skynet – rangkaian mesin/robot yang mempunyai kesedaran diri – dan pihak manusia yang diketuai oleh John Connor.

Produk Skynet yang paling terkenal adalah model Terminator, seperti T-800, yang dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger dari filem Terminator 1 pada tahun 1984.

Untuk segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: open-world survivalTerminator
Previous Post

Garena jemput Justin Bieber untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-5 Free Fire

Next Post

Diablo Immortal akhirnya tersedia di Malaysia – Download sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Diablo Immortal akhirnya tersedia di Malaysia – Download sekarang!

Diablo Immortal akhirnya tersedia di Malaysia - Download sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd