Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game tempatan No Straight Roads: Encore Edition rasmi dilancarkan di Steam pada harga RM44!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Tempatan, Xbox One
0 0
0
Game tempatan No Straight Roads: Encore Edition rasmi dilancarkan di Steam pada harga RM44!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menerima sambutan yang positif di seluruh dunia, game tempatan Malaysia No Straight Roads: Encore Edition kini tersedia di Steam dengan nilai harga RM44.00. Untuk meraikan kedatangan game ini, Metronomik dan Sold Out Games telah mengeluarkan treler baru yang memperkenalkan pemain PC ke dunia Vinyl City yang penuh watak menarik dan berwarna-warni.

Bagi Encore Edition, pemain baru dapat menikmati versi definitif No Straight Roads dengan semua kandungan yang dilancarkan sebelum ini seperti kemas kini kandungan Christmas Edition yang menambahkan remix, hiasan, pakaian, dan banyak lagi barang bertema eksklusif. Selain itu, Encore Edition juga membawa lebih dari 500 fan art untuk kita cari dan kumpul di Vinyl City. Fan art ini boleh digunakan untuk menghiasi gitar Mayday atau untuk menjadikan UI dalam permainan lebih cantik.

Image

Diarahkan oleh Wan Hazmer (pereka permainan utama Final Fantasy XV), dan Daim Dziauddin (artis konsep Street Fighter V), No Straight Roads adalah permainan action-adventure yang menyatukan pertempuran berdasarkan irama muzik dan soundtrack yang mantap di mana kita bermain sebagai kugiran indie Bunk Bed Junction, yang terdiri daripada gitaris wanita dan vokalis -Mayday dan pemain dram -Zuke.

Anda memasuki Vinyl City tanpa dikenali oleh sesiapa, tetapi selepas melalui siri pertarungan bos yang semakin susah, pemain akhirnya akan menyelamatkan bandar ini dari syarikat EDM yang jahat dan memperkenalkan muzik rock kepada orang ramai.

Kami pernah membuat ulasan tentang game ini pada Ogos 2020 yang ditulis oleh @neiviv. Berikut adalah pendapat beliau:

Metronomik memberikan seluruh hati mereka untuk No Straight Roads, ini adalah sebuah permainan contoh untuk anak-anak tempatan mencuba terutama dalam menampilkan etnik Malaysia.

Bagi sesiapa yang berminat, No Straight Roads: Encore Edition kini tersedia di Steam. Andai kata anda ingin bermain di platform lain, game ini juga tersedia di PS4, Xbox One, Nintendo Switch, dan Epic Games Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaMetronomikNo Straight Roads: Encore Editionsteam
Previous Post

Apex Legends: Escape memperkenalkan map terbaru dan Legend baru, Ash!

Next Post

Among the Sleep – Permainan horror percuma di Epic Games!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Among the Sleep – Permainan horror percuma di Epic Games!

Among the Sleep - Permainan horror percuma di Epic Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd