Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game survival arena Deathverse: Let It Die diumumkan untuk PS5 & PS4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Livestream, Multiplayer, PS4, PS5
0 0
0
Game survival arena Deathverse: Let It Die diumumkan untuk PS5 & PS4
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit GungHo Online Entertainment dan pembangun Supertrick Games telah mengumumkan Deathverse: Let It Die untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4. Ia akan dilancarkan sebagai judul free-to-play pada musim bunga 2022. Berikut ialah gambaran keseluruhan permainan, melalui PlayStation Blog:

“Dalam game survival battle arena Deathverse: Let It Die, anda akan bersaing dengan pemain lain dalam permainan berbahaya secara “player-versus-player-versus-environment combat”. Gunakan senjata canggih, dan customize watak sendiri dengan upgrade yang anda kumpul sepanjang perjalanan.”

“Peringkat pertarungan berlangsung di atas pulau yang diliputi dalam SPLithium, sebuah sumber tenaga yang sangat diperlukan dalam era Deathverse: Let It Die. Bukan itu sahaja, khabar angin juga mengatakan bahawa pencemaran SPLithium telah mencipta sejenis makhluk berbahaya bernama UMA yang kini menghuni pulau tersebut. Jika itu tidak cukup merisaukan, musuh yang lebih bahaya bernama “the Hunter” akan memasuki perlawanan untuk memburu pemain tanpa belas kasihan.”

Sebagai salah satu peserta, anda akan bertarung menggunakan unit robotik khas yang dikenali sebagai “Wilson”, yang menawarkan pelbagai ciri termasuk:

  • Berubah menjadi semua jenis senjata, seperti tukul, pisau, katana dan banyak lagi untuk mengalahkan anda.
  • Gunakan perisai pelindung untuk menghentikan serangan.
  • Tembakan peluru elektrik untuk mengejutkan musuh.
  • Aktifkan sejumlah skil yang boleh anda ubah suai mengikut gaya permainan.
  • Semasa maju melalui permainan, anda boleh menaik taraf Wilson untuk meningkatkan peluang bertahan hidup.

Jalan cerita dan watak

Berlangsung beratus-ratus tahun selepas peristiwa Let It Die, Deathverse: Let It Die membawa pemain ke dalam dunia rancangan realiti terkenal ‘Death Jamboree’ yang dihoskan oleh Bryan Zemeckis yang berkarisma, dengan ulasan daripada bekas juara QueenB. Walaupun orang ramai tahu Death Jamboree dihasilkan oleh syarikat Yotsuyama Broadcasting, masa lalu rancangan itu penuh dengan misteri dan diketuai oleh sekumpulan tokoh yang identitinya misteri.

Antara watak yang muncul dalam trailer:

Bryan Zemeckis

Ketua Death Jamboree.

Seorang tokoh berkarisma yang memikat penonton dengan ulasannya yang ceria dan lucu, dia adalah bintang TV yang telah memenangi hati penonton di seluruh pelusuk dunia. Bryan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, dan dikatakan telah mengambil alih jawatan penerbit Death Jamboree atas permintaan individu tertentu — walaupun kebenaran di sebalik projek itu masih diselubungi misteri.

QueenB

MC kedua untuk Death Jamboree.

Nama sebenar ialah Brenda Miller. Sangat cantik dan berkemahiran, dia adalah bekas juara legenda yang bersara pada dua tahun lalu. Dia dikenali sebagai QueenB kerana penampilannya yang anggun serta gaya pertarungannya, serta pengalamannya yang unik tentang permainan. Dia terus menggunakan nama itu sehingga sekarang walaupun kini menjadi salah satu kakitangan dalam rancangan. Sebagai bekas peserta, dia sering memberikan galakan dan, kadangkala nasihat kepada pemain, tetapi mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Hunter G

Dalam treler itu, anda mungkin perasan sosok misteri yang tiba-tiba muncul pada pertengahan perlawanan.

Hunter adalah pemangsa handal yang muncul dan mengejar peserta untuk keseronokan penonton. Dikatakan bahawa identiti sebenar Hunter itu ialah seorang pembunuh upahan legenda yang pernah membunuh 444 sasaran semasa zaman dia sebagai pembunuh upahan.

Deathverse: Let It Die akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 sebagai judul free-to-play pada musim bunga 2022. Untuk segala liputan kami tentang State of Play, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Deathverse: Let It DiePS4ps5state of play
Previous Post

King of Fighters XV umumkan Ujian Beta terbuka dan karakter baru, Dolores!

Next Post

Square Enix akan melancarkan Star Ocean The Divine Force pada tahun depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Square Enix akan melancarkan Star Ocean The Divine Force pada tahun depan!

Square Enix akan melancarkan Star Ocean The Divine Force pada tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd