Permainan Nokia yang mula-mula diperkenalkan di Nokia 6110 pada tahun 1997, iaitu Snake kini dipamerkan semula untuk Google Maps dalam sambutan Hari April Fool 2019. Korang boleh memainkannya pada aplikasi iOS Google Maps dan Android dengan menekan menu bar di sebelah kiri aplikasi dan memilih option untuk bermain. Aplikasi ini akan kekal sepanjang minggu ini dan Google juga akan melancarkan website gamenya tersendiri jika korang tidak mempunyai aplikasinya.
Perbezaannya dengan game Snake yang biasa ialah korang tidak akan bermain sebagai ular kali ini. Sebaliknya, korang akan bermain sebagai kenderaan pengangkutan awam, contohnya bas double decker di London, cable car di San Francisco, dan bullet train di Tokyo, di mana tugas korang adalah untuk mengambil penumpang di bandar tersebut.
Ini adalah tradisi Google ketika April Fools’ dengan memperkenalkan pelbagai easter eggs kepada pengguna. Kini, korang boleh bermain game klasik itu di bandar-bandar utama. Bercakap mengenai Google, mereka baru sahaja umumkan beberapa minggu yang lalu tentang Google Stadia iaitu platform game terbaru yang boleh dimainkan game triple AAA hanya di Google Chrome!
Website: Google Maps
@gamersantaimy
Discussion about this post