Hari ini, NetEase Games telah melancarkan game simulasi sci-fi angkasa mereka, iaitu INFINITE LAGRANGE untuk seluruh Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, Asia Tenggara dan beberapa negara lain. Game ini menampilkan suasana alam semesta yang sangat realistik, pertembungan elemen, romantik serta plot asli mengagumkan, bersama pengembaraan di ruang dan masa! Terdapat juga adegan ikonik yang jarang dilihat dalam filem akan berlaku dalam game bagi menawarkan pengalaman permainan strategi luar biasa kepada anda!
Kisah romantik terbaik di pengembaraan realistik alam semesta!

Game ini mengisahkan tentang sebuah eksperimen dimana sebuah resonans spatial telah ditemui secara tidak sengaja. Titik stabilnya dipanggil Lagrange node yang merupakan asas untuk membina Stargates supaya boleh akses ke galaksi lain dengan cepat, dan membentuk jaringan laluan bima sakti. Penemuan baru ini membawa kemakmuran dan pengembangan yang belum pernah terjadi, bersama perselisihan serta kerusuhan. Disebabkan hanya terdapat beberapa sahaja Lagrange nodes, maka pertempuran merebutnya menjadi perang antara galaksi! Alam semesta berakhir dengan kejatuhan tamadun, kemajuan teknologi dan kemusnahan jaringan infrastruktur komunikasi.
Tiada yang dapat dikecualikan dalam sejarah ini. Kebangkitan pasca perang kembali seperti yang dijanjikan, dengan kekuatan baru! Pemain akan menjadi pemimpin untuk mengembara alam semesta yang belum diterokai, menjelajahi semesta misteri demi membuka Stargate semula.
Mencipta sejarah Interstellar dan membina Stargate melalui Season Cycle

INFINITE LAGRANGE menerapkan mekanik musim permainan! Di setiap musim baru, pemain memulakan penjelajahan dan penaklukan, serta berkongsi rangkaian gol musim dengan membina semula Stargate untuk menjadi yang terbaik! Setiap musim perlu diselesaikan oleh anda untuk membantu sejarah terus maju dan membolehkan mereka berdiri di permulaan lebih tinggi.
Dengan kemajuan dalam game, pemain akan membuka senario akhir yang berbeza dan mengetahui kisah-kisah di alam semesta. Dengan rancangan hebat ini, anda dapat meneruskan permainan melalui kecepatan bersama perkembangan sejarah. Seolah-olah anda adalah pencipta sejarah dalam INFINITE LAGRANGE.
Pelbagai ganjaran menanti pemain!

Dengan debut kandungan game yang dihasilkan, terdapat acara Dawn Celebration untuk meraikan para pemain! Semasa aktiviti debut, anda dapat menerima pelbagai ganjaran melalui battlepass. Pemain perlu memberi jawapan yang tepat untuk soalan mengenai battleground supaya boleh memenangi pelbagai hadiah lumayan!
Di samping itu, pemain juga boleh mendapat ganjaran dengan memberikan like pada screenshot pemandangan interstellar! Lebih banyak ganjaran menanti untuk pemain mengetahuinya! Perjalanan ke alam semesta yang kini berlangsung bermula hari ini, dan anda boleh mula memuat turunnya di laman rasmi INFINITE LAGRANGE, membuka Stargate dan jadikan impian pemain kenyataan!

INFINITE LAGRANGE kini sudah tersedia untuk platform PC dan mobile melalui Android! Untuk mengikuti segala berita terkini mengenai game ini, anda boleh ikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Youtube! Untuk membaca segala liputan kami berkaitan NetEase, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post